untuk 1st day kami memulakan perjalanan pada pukul 7.30am..En.Muhibbah menjemput kami dan memulakan perkhidmatannya bercerita tentang segala2 yang dia nampak..banyak perkara yang kami tak tahu dan tak ambil tahu sebelum ni mula diambik tahu..Dalam perjalanan ke Kinabalu Mount sempat kami singgah breakfast di Tuaran..ape yang saya ingat adalah rasa nasi gorengnya yang sedikit berbeza..Ketibaan kami di warong itu disambut dengan berekor2 anjing..(saya sangat takot anjing)..tapi anjing disini sangat jinak..tak de nak kejar2..heeee
Perjalanan diteruskan lagi..menyusur kampung dan pekan2...dalam pukul 8.40am kami tiba di UPSIDE DOWN HOUSE (rumah terbalik) yang terletak di Tamparuli..excited okeh tengok rumah yg terbalik tuh..kereta pon terbalik..barang2 dalam rumah juga semuanya tterbalik seperti mesin jahit, peti sejuk, pinggan mangkok, meja dsb..walaubagaimanapun terdapat 4 barng di dalam rumah itu yang tidak terbalik iaitu bubuk, cermin, aircond dan cctv :) Rumah ini memilik 2 bilik dan 1 bilik air..Barangan yang paling berat yang terdapat dalam rumah ini adalah mesin basuh..berat kott..besi sume kan...Cost untuk menyiapkan dan maintenance rumah ini (dalam dan luwa) dalam RM1.2 jut. Di luwa rumah itu terdapat kedai cenderahati untuk pengunjung2..
Perjalanan di teruskan dan en.muhibbah telah singgah di Pekan Nabalu..di sini juga banyak menjual cenderahati, dan buah-buahan.Terdapat beberapa buah-buhan yang saya tak pernah tengok sebelum ni seperti buah tarap dan pisang oren..Kami sempat shopping cenderahati seperti keychain dan sbg..Kemudian kami meneruskan perjalanan lagi dan berhenti di Pekan Kundasang (sebelum ni selalu tengok dalam citer Dejavu Di Kinabalu je)...merasai buah lemak manis yang memang sangat berlemak..tak pasti disemenanjung ade ke tidak buah ini...
Menyusuri beberapa kampung di daerah Ranau..En.Muhibbah banyak bercerita tentang persekitaran di setiap kawasan yang kami lalui..dalam pukul 12.15pm kami tiba di Sabah Tea..dah alang2 singgah mestilah kami menikmati original tea dari sabah..kalo tak silap RM10 untuk 1 bekas..Tak jauh dari Ladang tea ada kawasan rumah panjang ..En.Muhibbah turut membawa kami merasai pengalaman berada di dalam rumah panjang yang dijadikan ala2 hotel gtu..boley sewa dan tinggal di situ..
1pm..masa kami diisi dengan bermassage bersama ikan2 di Kg.Poring...sebelum ni saya pernah berfish massage di KL..tapi pengalaman fish massage di Kg.Poring ni memang lain dari yang lain..masuk je dalam sungai ikan2 mula datang kat kaki..dah la ikannya besar2..ikan patin okeh!!..nak lagi best beli je makanan ikan tabur bagi banyak ikan datang dekat..Kalo tanya apa perasaan time tu memang tak de prasaan dok menjerit kegelian n kesakitan je..sakitnya tak la sangat yg lebehnya geli..
Dalam perjalanan ke Hot Spring, kami singgah di 1 kawasan kampung untuk melihat secara dekat reflesia yang dijaga rapi oleh penduduk kampung..bayaran RM20 dan akan ade orang yang bawak kelancong masok hutan dalam 10minit berjalan..Raflesia yang kami tengok tu bersize 75cm..1st time saya tengok bunga terbesar ni secara real...
Seterusnya kami menuju ke HotSpring...bayaran masuk hanya RM3..tapi time kami sampai situ keadaan terlalu penuh..jadi kami hanya berpusing2 mengamati kawasan tuh..takdelah nk mandi2 sume..tak lalu tengok orang penuh sangat..
Pukul 4.30pm kami masih bertenaga meneruskan perjalanan ke Dairy Farm, Mesilau..kami dapat melihat macam mana susu lembu diperah dan lembu2 yang sangat berdisiplin mengikut peraturan dengan beratur dan tak banyak hal time susu diperah..kawasan situ pun dah ala2 new zealand gtu..kami dapat lihat Gunung Kinabalu secara jelas..nasib kami agak baik kerana kabus2 mula mengelak dari menutupi puncak gunung..sessi bergambar berlatar belakang gunung tak yang cakap la..macam2 gaya dah buat..sejuk tak yah cakap la...
5pm kami dibawa pula ke kinabalu park..time tu memang kabus tengah tebal..cakap pon kuwa2 asap kat molot..memang sejuk yang teramat sangat..
Setalah ketahanan kesejukan kami berkurang habis..kami mula beransur pulang ke K.Kinabalu..dalam perjalanan pulang ke KK kami di bawa oleh En.Muhibbah ke Jambatan Tmaparuli..melalui jambatan tu sungguh mengerikan..macam jalan atas air..huuuu..dengan keadaan yang gelap gelita kami hanya bergantung kepada kepakaran en.muhibbah memandu..
Kami tiba di Gayang Restoran pukul 7.30pm (one of the famous seafood restaurant in Sabah), terletak di daerah Tuaran..pemilihan menu di lakukan sendiri oleh pelanggan. Kami telah memilih Ketam masak curry, 1/2kg Udang masak pedas, sotong tepung, ikan kerapu sweet sour, kailan dan tomyam...Total include minuman adalah RM187.50..consider murah compared kedai2 di KL..hehehehe..
Hari yang sungguh memenatkan..tapi kami sangat enjoy menikmati keindahan alam semulajadi yang masih belum di terokai oleh pemusnah2 yang tidak cintakan kehijauan..