Assalamualaikum
Hanya 17 post untuk tahun 2014?? 17 post yang entah ada atau tak orang yg baca. Bila tahun baru menjelma maka menjelma la azam2 baru yang hanya mungkin seminggu aku ingat. Tapi seingat aku dah bertahun aku tak punya azam. Hidup tanpa arah tujuan, tanpa apa2 harapan. Hanya menjalani kehidupan dengan pelbagai masalah yang tak pernah selesai.
Aku yang mencipta masalah??Tapi ada ke sesiapa hidup tanpa masalah??
Tak pernah aku puas dengan apa yang ada dek kerana keinginan aku yang sebenar sudah lama lenyap..lenyap oleh aturan yang di aturkan.
Hanya mampu menunding ke sana ke sini..dia dia dan dia..
Kecewa yang aku rasa banyak mengubah segala apa yang terjadi. Aku bukan peramal masa depan kerana aku bukan nujum dan yang pasti aku bukan Tuhan. Aku bukan manusia sempurna kerana tiada seorang manusia yang sempurna. Aku punya rasa yang orang lain takkan faham kerana rasa itu hanya aku yang tahu.
Tapi sampai bila??
Sampai aku sendiri tidak punya jawapan. Tiada tarikh luputkah keresahan ini??Tiada hatikah aku menyeksa diri sendiri dan juga yang lain? Setiap langkah dan hayunan kaki tak pernah sedetik aku lupa rasa kecewa ini. Kenang nasib yang aku tak mampu hadapi lagi. Kenang resah yang tak sanggup aku tanggung lagi..
Mana hilang senyum aku yang dlu??mana pergi segala sikap aku yang dlu??Aku mencari dan terus mencari..tak jumpa..
Bila mana aku memandu tanpa ada lagi radio yang berputar memainkan lagu.. tanpa ada lagi nyanyi2 kecil kebosanan melayan traffic jammed.. tiada lagi buat panggilan buat umi sepanjang jalan sehingga sampai ke rumah..Yang tinggal hanya fikiran yang kosong..Berfikir namun tiada isi..Mengira tapi tiada formula..Menyusun tapi tiada teraturnya..
Sampai bila aku mampu jadi seplastik sekarang??menjadi heroin kepada drama tv realiti..mereka pelakon2 lain sebagai menyedap cerita. Menjadi pengarah yang tak berbayar..Tiada award di tawarkan..tiada anugerah yang d kejarkan..Sehingga aku sendiri penat memainkan sandiwara sendiri..Lelah mengejar kehendak jalan cerita sendiri..
Kalau dulu aku bayangkan mungkin cerita seperti ini hanya dalam drama melayu..mungkin cerekarama TV3..sekarang aku sedar, cerita yang disiarkan memang diadaptasi dari kisah sebenar, kisah yang mungkin dihadapi ramai orang..Membelenggu sesetengah orang termasuk aku.
Aku tak mengharapkan apa2 untuk tahun 2015. Cukuplah andai keresahan ini mampu berlalu..Andai aku mampu membunuh keresahan dan kekecawaan ini, sudah lama aku jadi pembunuh. Andai aku mampu buang kesakitan dan kehampaan ini, tak perlu lagi aku ragu dengan diri sendiri.
Lepaskan aku dari dunia kelam ini..Biarkan aku berlalu dengan knyataan yang tak mampu di ungkap. Dengan harapan yang sukar di lunas.
Aku memohon ampun maaf buat semua atas kekhilafan dan keadaan ini. Bukan aku harapkan kesakitan ini..Aku mencari bahagia yang belum pasti. Aku penat menunggu saat itu.
Semoga tahun 2015 memberi sinar baru buat kalian semua.