Thursday, September 18, 2014

2nd Giveaway by Miminadam




http://miminadam.blogspot.com/2014/09/2nd-giveaway-by-miminadam.html


Assalamualaikum..
Tak pernah2 Miss A join GA macam ni tetibe untuk kali ini Miss A menggedik plak nak join yang Miminadam punya ni..Nak tau nape??

1- Sebab Miss A ade nk start project baru
2- Sebab GA yng di offer tuh sangat berguna untuk project Miss A

Cukup 2 sebab jela kan..so sape2 yang nk join Giveaway ini, boley pakat2 click gambar kat atas tuh..

Nak tambah excited korang untuk join GA Miminadam ni, meh Miss A kasiktau ape yang kemungkinan korang akan dapat..

Hadiah :
Top Referal : 3 Box Name Card (300pcs) free design x 3 pemenang
1 box NameCard x 10 Pemenang
Logo treadmark blog x 5 Pemenang
Mars Jar Oreo x 5 Pemenang
 
*Korang janga lupa tengok syarat2 untuk join GA ni plak yer :)


Semoga Miss A boley dapat yang mana2 1 dalam semua tuh..amin

Friday, September 12, 2014

Segmen Ben Ashaari : Aku , seorang BLOGGER !

http://www.benashaari.com/2014/09/segmen-ben-ashaari-aku-seorang-blogger.html
Salam Jumaat
Pagi2 hari dah nampak Ben Ashaari buat segmen..memandangkan boss takde lagi harini, meh leee kite join segmen ni.. :) Kepada sesiapa yang berminat, n nak tau detail, boleh click je kt gambar atas tuh..

Untuk segmen bertajuk Aku , seorang Blogger! , Ben Ashaari dah sediakan 3 persoalan yang perlu di jawab. sediaaa semuaa... 1...2...3..

Peranan anda sebagai seorang blogger kepada orang sekeliling anda , masyarakat dan negara
1- Peranan saya sebagai blogger adalah untuk berkongsi info2 tak kira la tentang hal semasa, family, lagu2, makan2, dan benda2 yang menarik

2- Dengan perkongsian ini, masyarakat dan pembaca blog yang mencari kelainan atau info boleh mendapatkannya melalui blog saya. Walaupun kadar entry yg di post adalah tak banyak, namun sedikit sebanyak mungkin boley menghasilkan idea baru kepada orang yang membacanya

3- Negara???okeh2..blog saya berperanan menggalakkan rakyat negara ni untuk membaca dan turut berkongsi info2 yang diorang tau. Kalo nak kate blog ni mampu mengubah dasar2 negara macam agak tak logik..YB2, menteri2 takde masa pon nak baca blog saya..apetah lagi PM n 1st lady..hikhik

Jika anda mampu dapat pendapatan dari blog sehingga ribuan ringgit , apakah anda akan berhenti bekerja dan menjadi blogger sepenuh masa
NO!!NO!!NO!!..
Jika saya mampu dapat ribuan ringgit hasil berblogging pon saya takkan berenti keje sekarang. Sebabnyaaa...
Saya adalah seorang yang cepat rasa bosan..Kekurangan idea untuk menulis akan buat saya rasa malas untuk menulis. Jadiknya biarlah saya jadikan berblogging ni sebagai side income je.. :)

Harapan anda sebagai seorang blogger terhadap dunia blog ini
Harapan saya semoga lahirnya lebih ramai blogger2 yang berkaliber macam Ben Ashaari, yang berkongsi pelbagai info yang memberi manfaat kepada semua. Dengan adanya blogger yang "cerdik pandai" dalam menterjemahkan info dan fakta, orang2 atasan akan lebih membuka mata dan celik akan keadaan sekeliling di negara ini yang semakin tenggelam timbul. 

Hanya dengan berblogging segala info boleh dicapai di serata dunia, yang mana mungkin mampu menggertak pihak2 yang mati akalnya..hitam jiwanya..

Terima Kasih Ben Ashaari untuk peluang join segmen ni sekali lagi..Harapnya buat la lagi banyak2 dengan segmen yang lebih menarik :)

-afdsmkad-


Thursday, September 11, 2014

SEGMEN BEN ASHAARI : IMPIAN KU, SEORANG BLOGGER!

http://www.benashaari.com/2014/09/segmen-ben-ashaari-impian-ku-seorang.html

Assalamualaikum..
Memandangkan saya dah agak lama tak update blog, makanya hari ni saya dengan gigihnya mengupdate blog sesambil join segmen yg BEN ASHAARI buat. Selalu masuk baca je..tak pernah join apa2..

Bagi yang berminat nak join jugak, jangan segan silu click kat gambar atas tuh.. :)

LATAR BELAKANG
Nama pemilik blog : Aina Zaireynna
Nickname : Afdsmkad (untuk apa saja aplikasi)
Asal : Kelantan DN
Umur : 27 tahun (1987)
Pekerjaan : Pustakawan

 KELEBIHAN BLOG:
1- Saya suka makan. kebanyakan entry saya adalah berkaitan dengan makan dan tempat makan. Siap bukak 1 tab Makan|Minum|Santap  untuk berkongsi berkaitan makan-makan.. Jadinya korang2 yang rasa takde idea tempat untuk pergi makan or takde idea nak makan apa, boley la cari2 idea dari blog ni :)

2- Blog saya juga menggunakan simple layout, korang tak perlu nak tunggu berejam untuk buka n baca entry

3- Untuk setahun terakhir ni, blog saya dikunjungi melalui keyword2 berkaitan pelamin, hantaran, etc. Ini kerana saya ada buat entry detail berkaitan Pelamin DIY dan persediaan sewaktu majlis pertunangan saya. (so far, untuk majlis kawen tak sempat update)

IMPIAN:
Saya jadi blogger hanya untuk suka-suka. Maybe sebab saya suka berkongsi dengan pembaca2 info yang boleh dijadikan rujukan. Tak dinafikan juga saya ada dapat side income hasil dari berblogging ni. Namun impian sebenarnya hanya untuk mencatat perjalanan kisah hidup saya dan orang sekeliling yang mungkin 1 hari nanti semua orang akan lupa. Sebab tuh lah juga blog ni diberi nama "Afdsmkad's journeys".

Terima Kasih Ben Ashaari untuk peluang join segmen ni..Semoga next time buat banyak2 lagi segmen lain :)
-afdsmkad-