Wednesday, December 31, 2014

Berlalulah . Pergi . 2014

Assalamualaikum

Hanya 17 post untuk tahun 2014?? 17 post yang entah ada atau tak orang yg baca. Bila tahun baru menjelma maka menjelma la azam2 baru yang hanya mungkin seminggu aku ingat. Tapi seingat aku dah bertahun aku tak punya azam. Hidup tanpa arah tujuan, tanpa apa2 harapan. Hanya menjalani kehidupan dengan pelbagai masalah yang tak pernah selesai.

Aku yang mencipta masalah??Tapi ada ke sesiapa hidup tanpa masalah??

Tak pernah aku puas dengan apa yang ada dek kerana keinginan aku yang sebenar sudah lama lenyap..lenyap oleh aturan yang di aturkan.

Hanya mampu menunding ke sana ke sini..dia dia dan dia..

Kecewa yang aku rasa banyak mengubah segala apa yang terjadi. Aku bukan peramal masa depan kerana aku bukan nujum dan yang pasti aku bukan Tuhan. Aku bukan manusia sempurna kerana tiada seorang manusia yang sempurna. Aku punya rasa yang orang lain takkan faham kerana rasa itu hanya aku yang tahu.

Tapi sampai bila??

Sampai aku sendiri tidak punya jawapan. Tiada tarikh luputkah keresahan ini??Tiada hatikah aku menyeksa diri sendiri dan juga yang lain? Setiap langkah dan hayunan kaki tak pernah sedetik aku lupa rasa kecewa ini. Kenang nasib yang aku tak mampu hadapi lagi. Kenang resah yang tak sanggup aku tanggung lagi..

Mana hilang senyum aku yang dlu??mana pergi segala sikap aku yang dlu??Aku mencari dan terus mencari..tak jumpa..

Bila mana aku memandu tanpa ada lagi radio yang berputar memainkan lagu.. tanpa ada lagi nyanyi2 kecil kebosanan melayan traffic jammed.. tiada lagi buat panggilan buat umi sepanjang jalan sehingga sampai ke rumah..Yang tinggal hanya fikiran yang kosong..Berfikir namun tiada isi..Mengira tapi tiada formula..Menyusun tapi tiada teraturnya..

Sampai bila aku mampu jadi seplastik sekarang??menjadi heroin kepada drama tv realiti..mereka pelakon2 lain sebagai menyedap cerita. Menjadi pengarah yang tak berbayar..Tiada award di tawarkan..tiada anugerah yang d kejarkan..Sehingga aku sendiri penat memainkan sandiwara sendiri..Lelah mengejar kehendak jalan cerita sendiri..

Kalau dulu aku bayangkan mungkin cerita seperti ini hanya dalam drama melayu..mungkin cerekarama TV3..sekarang aku sedar, cerita yang disiarkan memang diadaptasi dari kisah sebenar, kisah yang mungkin dihadapi ramai orang..Membelenggu sesetengah orang termasuk aku.

Aku tak mengharapkan apa2 untuk tahun 2015. Cukuplah andai keresahan ini mampu berlalu..Andai aku mampu membunuh keresahan dan kekecawaan ini, sudah lama aku jadi pembunuh. Andai aku mampu buang kesakitan dan kehampaan ini, tak perlu lagi aku ragu dengan diri sendiri.

Lepaskan aku dari dunia kelam ini..Biarkan aku berlalu dengan knyataan yang tak mampu di ungkap. Dengan harapan yang sukar di lunas.

Aku memohon ampun maaf buat semua atas kekhilafan dan keadaan ini. Bukan aku harapkan kesakitan ini..Aku mencari bahagia yang belum pasti. Aku penat menunggu saat itu.

Semoga tahun 2015 memberi sinar baru buat kalian semua.






Friday, October 24, 2014

CPUV (cost per unique visit) : Thanks Nuffnang

Assalamualaikum..
Miss A muncul lagi..kali ni takde nak bebel sangat..just nak share pasal CPUV yang nuffnang bagi..eh eh..Miss A jarang sangat update blog sekarang ni..tahap kemalasan yang agak melampau..banyak citer yang tertangguh..

ape pon jom tengok gambar duluu~

Nampak tak???ada 3 lagi yg on going..still masuk income sikit2 walaupon tak aktif sangat..Miss A nk ucapkan terima kasih banyak2 kat pihak nuffnang yang tak pernah jemu nak bagi iklan kt blog ni..

esok ari minggu..Miss A bercadang nk update blog sikit..ape tajuknya tuh nanti tengok esok la yep..hahahaaa...

Oklah..nak sambung bekerja keras..Daa~

Thursday, September 18, 2014

2nd Giveaway by Miminadam




http://miminadam.blogspot.com/2014/09/2nd-giveaway-by-miminadam.html


Assalamualaikum..
Tak pernah2 Miss A join GA macam ni tetibe untuk kali ini Miss A menggedik plak nak join yang Miminadam punya ni..Nak tau nape??

1- Sebab Miss A ade nk start project baru
2- Sebab GA yng di offer tuh sangat berguna untuk project Miss A

Cukup 2 sebab jela kan..so sape2 yang nk join Giveaway ini, boley pakat2 click gambar kat atas tuh..

Nak tambah excited korang untuk join GA Miminadam ni, meh Miss A kasiktau ape yang kemungkinan korang akan dapat..

Hadiah :
Top Referal : 3 Box Name Card (300pcs) free design x 3 pemenang
1 box NameCard x 10 Pemenang
Logo treadmark blog x 5 Pemenang
Mars Jar Oreo x 5 Pemenang
 
*Korang janga lupa tengok syarat2 untuk join GA ni plak yer :)


Semoga Miss A boley dapat yang mana2 1 dalam semua tuh..amin

Friday, September 12, 2014

Segmen Ben Ashaari : Aku , seorang BLOGGER !

http://www.benashaari.com/2014/09/segmen-ben-ashaari-aku-seorang-blogger.html
Salam Jumaat
Pagi2 hari dah nampak Ben Ashaari buat segmen..memandangkan boss takde lagi harini, meh leee kite join segmen ni.. :) Kepada sesiapa yang berminat, n nak tau detail, boleh click je kt gambar atas tuh..

Untuk segmen bertajuk Aku , seorang Blogger! , Ben Ashaari dah sediakan 3 persoalan yang perlu di jawab. sediaaa semuaa... 1...2...3..

Peranan anda sebagai seorang blogger kepada orang sekeliling anda , masyarakat dan negara
1- Peranan saya sebagai blogger adalah untuk berkongsi info2 tak kira la tentang hal semasa, family, lagu2, makan2, dan benda2 yang menarik

2- Dengan perkongsian ini, masyarakat dan pembaca blog yang mencari kelainan atau info boleh mendapatkannya melalui blog saya. Walaupun kadar entry yg di post adalah tak banyak, namun sedikit sebanyak mungkin boley menghasilkan idea baru kepada orang yang membacanya

3- Negara???okeh2..blog saya berperanan menggalakkan rakyat negara ni untuk membaca dan turut berkongsi info2 yang diorang tau. Kalo nak kate blog ni mampu mengubah dasar2 negara macam agak tak logik..YB2, menteri2 takde masa pon nak baca blog saya..apetah lagi PM n 1st lady..hikhik

Jika anda mampu dapat pendapatan dari blog sehingga ribuan ringgit , apakah anda akan berhenti bekerja dan menjadi blogger sepenuh masa
NO!!NO!!NO!!..
Jika saya mampu dapat ribuan ringgit hasil berblogging pon saya takkan berenti keje sekarang. Sebabnyaaa...
Saya adalah seorang yang cepat rasa bosan..Kekurangan idea untuk menulis akan buat saya rasa malas untuk menulis. Jadiknya biarlah saya jadikan berblogging ni sebagai side income je.. :)

Harapan anda sebagai seorang blogger terhadap dunia blog ini
Harapan saya semoga lahirnya lebih ramai blogger2 yang berkaliber macam Ben Ashaari, yang berkongsi pelbagai info yang memberi manfaat kepada semua. Dengan adanya blogger yang "cerdik pandai" dalam menterjemahkan info dan fakta, orang2 atasan akan lebih membuka mata dan celik akan keadaan sekeliling di negara ini yang semakin tenggelam timbul. 

Hanya dengan berblogging segala info boleh dicapai di serata dunia, yang mana mungkin mampu menggertak pihak2 yang mati akalnya..hitam jiwanya..

Terima Kasih Ben Ashaari untuk peluang join segmen ni sekali lagi..Harapnya buat la lagi banyak2 dengan segmen yang lebih menarik :)

-afdsmkad-


Thursday, September 11, 2014

SEGMEN BEN ASHAARI : IMPIAN KU, SEORANG BLOGGER!

http://www.benashaari.com/2014/09/segmen-ben-ashaari-impian-ku-seorang.html

Assalamualaikum..
Memandangkan saya dah agak lama tak update blog, makanya hari ni saya dengan gigihnya mengupdate blog sesambil join segmen yg BEN ASHAARI buat. Selalu masuk baca je..tak pernah join apa2..

Bagi yang berminat nak join jugak, jangan segan silu click kat gambar atas tuh.. :)

LATAR BELAKANG
Nama pemilik blog : Aina Zaireynna
Nickname : Afdsmkad (untuk apa saja aplikasi)
Asal : Kelantan DN
Umur : 27 tahun (1987)
Pekerjaan : Pustakawan

 KELEBIHAN BLOG:
1- Saya suka makan. kebanyakan entry saya adalah berkaitan dengan makan dan tempat makan. Siap bukak 1 tab Makan|Minum|Santap  untuk berkongsi berkaitan makan-makan.. Jadinya korang2 yang rasa takde idea tempat untuk pergi makan or takde idea nak makan apa, boley la cari2 idea dari blog ni :)

2- Blog saya juga menggunakan simple layout, korang tak perlu nak tunggu berejam untuk buka n baca entry

3- Untuk setahun terakhir ni, blog saya dikunjungi melalui keyword2 berkaitan pelamin, hantaran, etc. Ini kerana saya ada buat entry detail berkaitan Pelamin DIY dan persediaan sewaktu majlis pertunangan saya. (so far, untuk majlis kawen tak sempat update)

IMPIAN:
Saya jadi blogger hanya untuk suka-suka. Maybe sebab saya suka berkongsi dengan pembaca2 info yang boleh dijadikan rujukan. Tak dinafikan juga saya ada dapat side income hasil dari berblogging ni. Namun impian sebenarnya hanya untuk mencatat perjalanan kisah hidup saya dan orang sekeliling yang mungkin 1 hari nanti semua orang akan lupa. Sebab tuh lah juga blog ni diberi nama "Afdsmkad's journeys".

Terima Kasih Ben Ashaari untuk peluang join segmen ni..Semoga next time buat banyak2 lagi segmen lain :)
-afdsmkad-

Monday, March 10, 2014

10 March

Kehadiran tak diduga
Kedatangan tak dipinta
Bersiap siaga dugaan melanda
Sakit itu sama2 dirasa

Aku terlalu cepat atau
Dia yang terlalu lambat
Prinsip di padam
Hati juga gundah
Hanya kita yang mampu rasa
Hanya kita yang menangis duka
Bersabarlah hati-hati ini

Pernah ada aku di hatimu
Pernah ada cinta di hatiku
Simpan segala kenangan ini
Bawalah ke mana sebagai tanda
Kekal bersama merawat rindu
Sayang berkasih tiada hilangnya


Noktah itu pasti..
Kanda..terima kasih untuk semua rasa ini..



_Miss A_


Wednesday, February 26, 2014

26 feb

Kuhitung hari bersama rasa yang terbahagi
Mencari keihlasan membuang kekhilafan
Setiap detik ditilik segala apa adanya
Terbuangkah rindu terhilangkah cinta
Mana mungkin tiada apa rasa terlahir
Antara zahir beserta batin

Andai ini ditakdirkan untukku
Siapa aku untuk menidakkan
Andai ini pengakhiran kisahku
Siapa aku untuk mengubahnya

Aku harapkan yang terbaik
Aku mimpikan bahagianya
Aku dambakan teduhan kasihnya
Aku percaya pada ketetapanNya


----------------------


Kisah ini akan tiba ke penghujung
Bersabarlah duhai hati
Bertabahlah mencari pengubat luka
Doa ku titipkan semoga bahagianya sentiasa ada..



-miss A-

Friday, February 21, 2014

February~

Saat itu akan tiba
Detik semua bergembira
Berduka hati tiada yang rasa
Menangis tiada lagi air mata

Biar ianya menjadi lipatan
Tiada apa lagi pilihan
Terpaksa jua dibiarkan
Semuanya menjadi angan

Pasti ada yang membenci
Tak kurang yang mengeji
Apa jua di hati
Hanya rasa yang tersakiti..


-AZ~21.2.13-

Tuesday, January 21, 2014

Ariana Rose


Sapa layan Ariana Rose??

Sapa yang felling2 gtu time tengok Ariana Rose??


Sapa yang sanggup balik kerja awal2 untuk tengok Ariana Rose??


Hahhahahahahhahahahaa

Jom baca sinopsis drama ni dulu :
Drama Ariana Rose merupakan drama adaptasi daripada novel "The Wedding Breaker" karya Evelyn Rose. Novel The Wedding Breaker merupakan pemenang tempat pertama dalam Anugerah Best Novel Karnival Novel 2013. Drama bersiri Ariana Rose diarahkan oleh Raja Alauddin Shah bakal disiarkan mulai 30 Disember 2013 selepas tamatnya Drama Playboy Itu Suami Aku di Slot Akasia TV3. Bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 7.00 malam
Judul Drama : Ariana Rose 
Pengarah: Raja Alauddin Shah
Penulis Skrip : Sofia Rhyland
Penerbit : PenaCreative 
Episod : 28 episod 
Novel : The Wedding Breaker terbitan Karya Seni 
Pelakon : Keith Foo (Tengku Adam), Nur Fathia (Ariana Rose), Hisyam Hamid (Harith), Nabila Huda (Liayana), Arja Lee (Ramzul), Tasha Shilla (Tengku Juwita), Dato’ Jalaluddin Hassan (Dato’ Wan Jusoh), Ziela Jalil (Datin Asra), Mustapha Kamal (Tengku Mukhriz), Liza Abdullah (Tengku Lisdania), Rahhim Omar (Tengku Sidin), Jasmin Hamid (Tengku Marsela), Syatilla Melvin (Sophie), Wan Sharmila (Linda)
Bagi siapa yang nak download or tak sempat tengok kat tv, boley tengok online kat cini..saya akan sertakan dengan link :)

Episode 1
Download
Tonton

Episode 2
Download
Tonton

Episode 3
Download
Tonton

Episode 4
Download
Tonton

Episode 5
Download
Tonton

Episode 6
Download
Tonton

Episode 7
Download
Tonton

Episode 8
Download
Tonton

Episode 9
Download
Tonton

Episode 10
Download
Tonton

Episode 11
Download
Tonton

Episode 12
Download
Tonton

Episode 13
Download
Tonton

Episode 14
Download
Tonton

Episode 15
Download
Tonton

Episode 16
Download
Tonton 

Episode 17
Download
Tonton

Episode 18
Download
Tonton

Episode 19
Download
Tonton

Episode 20
Download
Tonton

Episode 21
Download
Tonton 

Episode 22
Download
Tonton

Episode 23
Download
Tonton 

Episode 24
Download
Tonton

Episode 25
Download
Tonton

Episode 26
Download
Tonton

Episode 27
Download
Tonton

Episode 28
Download
Tonton







Credit: Source

Sunday, January 19, 2014

Ayuh Tinggalkan Dia by Encik Mimpi~


Dah berkali-kali ku terfikir dan tertanya
Entah bagaimana kau sanggup bersamanya
Aku lihat dia taklah sekacak mana
Ai geram hati ku rasa

Di sini ku sedia menggantikan tempatnya
Kan ku buktikan ku lebih hebat darinya
Ayuh sayang jangan tangguh-tangguhkan masa
Janganlah tunggu lama-lama

Oh sayang sayang sayang sayang
Sejuta kali sayang
Tiada yang ku sayang selain kamu sayang
Sayang ku pada kamu takkan menghilang

Oh rindu rindu rindu rindu
Sejuta kali rindu
Hanya diri kamu yang selalu aku rindu
Setiap masa pun kamu dalam kalbuku

Sayang, ku kan setia
Akan ku pastikan kamu bahagia
Takkan ku biarkan kamu menderita
Tanpa rasa cinta

Sayang ku kan mencinta
Lebih dari apa kau dapat darinya
Ku janji kaukan pasti rasa sempurna
Tinggalkan lah dia
Ayuh~Tinggalkan lah dia

Akan ku binakan mu istana bahagia
Ku lantik diriku menjadi panglima cinta
Yang akan melindungi kamu setiap masa
Kerna kamu sang puterinya..

clash of Clans

Jom2 tengok base saye yang tk seberapa..hahaha

Bru lepas up TH jadi level  8...barrack pon da up sampai level 9..da boley buat naga yg tk bertenaga sebab xde up level lagi..

Tpi wall dok maintain gtu..xmampu nk buat sume kaler pepel..tunggu la kaye sikit lagi baru buat...

Sapa2 yg berminat nak join clan dengan saya jom la masuk A.G.M Malaya 2..kalau tak penuh boley la join..kalau da penuh pegi le ke A.G.M yang lain... ♡

Daaa...kene bersiap nk g kndoriii pulek!!

Assalamualaikum

sayang♡



aku dan dia

Hati sendu ditiup bayu..
Mata bergenang saat terkenangkan..
Walau jauh beribu batu..
Hati kami saling merindukan..

Kisah kita tak mungkin hilang..
Rindu kita sentiasa ada..
Tapi masih ada yang menghalang..
Menunggu masa leraikan kita..

Kita terpisah di mata orang..
Kita bersatu di jiwa sengsara..
Andai sayang ibaratnya barang..
Dicampak dibuang tak kisah tak apa..

Walau disayang tak mampu disatu..
Jiwa merana dia tertanya..
Kuharap bahagia sentiasa milikmu..
Doakan juga aku dan dirinya..

A.Z♡
19.01.14



Encik Mimpi n Me~

Siapa yang tak kenal dengan Encik Mimpi sekarang ni kan..dengan lagu RINDUKANLAH telah melonjakkan nama beliau..tambah2 plak lagu tuh dah jadi lagu tema untuk drama bersiri PlayBoy itu Suamiku..

Kenapa saya terpanggil untuk post berkenaan Encik Mimpi ni??bukan sebab dia semakin glamor or nak tumpang nama dia..hahaha...okeh..beberapa minggu lepas saya baru terperasan ada yang menjengah ke blog saya ni melalui blog Encik Mimpi..



Okeh..disebabkan itu saya mula menggodek2 blog Encik Mimpi..dan apa yang saya jumpa???hahhaa..rupenya beliau dah letak blog saya dalam list "My Dreamy Follows"..
Di zaman Encik Mimpi tak dikenali dulu iaitu zaman beliau aktif berblogging, saya salah seorang follower dia..boleh kata setiap post n video yang die post akan ada saya tinggalkan komen..Alaa..zaman belajar2 dulu tengah2 malam mana nak tido..so salah satu keje yang dibuat adalah melayan video Encik Mimpi..n dia pon dah tak active berblogging sekrang ni :)

Apa pon saya ucapkan semoga Encik Mimpi terus berjaya dalam bidang nyanyian ni..Tapi die still kekalkan identiti n imej die yang Misteri tuh..siap bertopeng.haaaa..

Ok la..daaa~
Assalamualaikum

Saturday, January 18, 2014

New Header 2014

Tahun baru..wajah baru..di sebabkan kebosanan di hari minggu dan hari minggu yang agak lama memandangkan saya bercuti bermula hari rabu so saya mengambil keputusan untuk menukar header blog saya..kira setahun sekali je la tukar..tahun depan tak tahu le rajin ke tak nak menukarnye..heeee..


Jom imbas balik header saya yang sebelum ni..

Motif header ni sebenarnye takde motif..just letak black background dengan font warna merah..pastu tempek gambar tengah termenung kononnye mengenangkan nasib diri dan masa depan..Jenis Font plak saya guna Angelic war..sape yang bekenan boleh download dengan free je yerp :)

Kat bawah ni plak header yang baru saya buat n letk kat blog..Buat sambil main2..tak tahu nak letak ape dan tak tahu ape motif yang nak di persembahkan..
Untuk header yang baru ni saya rajin plak letak frame2 dengan gambar2 kesayangan saya..orang2 yang selalu ada dengan saya walau dalam apa jua keadaan saya..

Kenapa gambar yang paling besar tu saya letak gambar berdua??

Okeh..tuh gambar saya dengan adik..xde ape2 sebab..saje nk letak..hahahaa..

Background still dark kaler..font tukar kale biru n kuning..hahha..lain la skit dri yg sebelum ni kan..

Apa pun utk tahun depan punye header sya masih belum pikir ape jenis design nk buat..tunggu n lihat je la nnti yer..


Ok...daaa
Assalamualaikum ♡