Tuesday, December 31, 2013

Berakhirnya 365 hari 2013

2013 semakin rapat menutup tirainya..
2014 dengan gah membuka cabaran baru..
terasa terlalu kejap masa berlalu sehinggakan masih samar arah tujuan sebenar..
Walau banyak pedih dan pilu yang ditempuh namun saat manis terselit juga di lipatan tahun ini..
Suka duka yang sentiasa bersilih ganti..Realiti hidup yang tak pernah menipu.

Semoga tahun depan adalah lebih baik dari tahun ini....


Saturday, December 21, 2013

Who is your perfect partner that completes you forever??

Who is your perfect partner that completes you forever??

ORANG tua dulu diketahui memang banyak kepercayaan dan pantang larangnya termasuklah, dalam urusan mencari pasangan hidup. Percaya atau tidak orang tua dulu kebanyakan berpegang kepada konsep untuk mengetahui sifat mahupun ciri peribadi calon pasangan yang dipilih, perlulah diketahui kedudukannya dalam struktur keluarga.

Orang tua dulu percaya, urutan kelahiran boleh mempengaruhi perilaku seseorang dalam menjalin hubungan kasih sayang. Maka itulah ada yang amat yakin, anak sulung sebaik-baiknya tidak sesuai berkahwin dengan pasangan juga anak sulung. Alasan diberi, kedua-duanya mempunyai sifat dasar yang sama, setidak-tidaknya sifat manja dan keras kepala.

Begitu jugalah jika anak bongsu, elakkan mencari pasangan yang sama-sama bongsu dalam keluarga kerana kedua-duanya sukar mengawal situasi. Selain itu, jika anak bongsu bertemu anak tunggal, hubungan itu turut dikatakan, bakal bergejolak kerana kedua-duanya sama-sama memerlukan perhatian.

Bagaimanapun, sulung bertemu tunggal ada keserasian, tetapi anak sulung tidak boleh terlalu tegas. Kecenderungan anak tunggal yang manja bererti harus ada pengorbanan dan mesti fahami keadaan itu.

Pasangan sama kedudukan anak tengah pula dikatakan, sangat padan. Pasangan ini dapat pergi ke mana pun dan memutuskan apa saja yang mereka sukai. Apabila yang satu cenderung seperti anak sulung, pasangannya pula seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi.

Benar atau salah pandangan mahupun saranan orang tua dulu itu, tidaklah diketahui kebenarannya, tetapi ramai mengakui, persoalan ini sehingga kini masih menjadi bahan bicara. Namun, jika dihalusi ada kebenaran kerana lazimnya, untuk mengetahui karakter seseorang antara cara yang dapat dilihat adalah melalui urutan kelahiran, selain berdasarkan tarikh lahir.

Bagaimanapun, jika sudah ditakdirkan bertemu jodoh mampukah perasaan cinta dan kasih sayang itu diketepikan?

Kepercayaan sekadar satu panduan
Ahli psikologi Barat, Dr. Kevin Leman membuat huraian mengenai hubungan pasangan mengikut urutan dalam keluarga.

Terpulanglah kepada anda sama ada mahu percaya atau tidak:

Sulung dengan sulung
Berpeluang besar untuk sering bertegang urat. Masing-masing sentiasa suka berkeras ataupun dalam menentukan siapa pemberi dan penerima perintah. Jika hubungan cinta terjalin, ia memerlukan jiwa besar dan kesabaran dalam menjalani hubungan seperti ini.

Sulung – Tengah
Sudut negatif dari hubungan ini adalah kemungkinan berubahnya sikap si anak tengah untuk menyenangkan si sulung. Anak tengah adalah pasangan yang serasi untuk siapa saja. Meskipun begitu, ia sering kali menganggap si sulung sebagai yang suka menggertak dan menakutkan.

Jika anak tengah berpasangan dengan anak sulung, maka sering kali ia harus merelakan keinginan dan impiannya demi pasangannya. Namun, jika si tengah cenderung bersikap seperti anak bongsu, mereka dapat menjadi pasangan yang cukup serasi.

Sulung – Bongsu
Kombinasi paling serasi. Si sulung dapat mengajarkan pasangannya, untuk bertindak lebih teratur dan dewasa, terutama saat menghadapi masalah serius. Sementara, si bongsu dapat seimbangkan sikap serius si sulung dengan mengajaknya bersantai atau sekadar duduk sambil berkhayal mengenai masa depan.

Tengah – Tengah
Pasangan ini dapat pergi ke manapun dan memutuskan apapun yang mereka sukai. Mereka dapat menjadi sangat serasi, apabila yang satu cenderung seperti anak sulung dan pasangannya seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi.

Namun, anak tengah biasanya suka menyimpan rahsia. Hal ini tentu dapat menjadi halangan serius dalam berkomunikasi. Bagaimanapun, masalah akan mudah dan cepat selesai kerana mereka pandai berkompromi dan menjunjung tinggi perdamaian.

Tengah – Bongsu
Hubungan ini akan berjalan lancar, bila si anak tengah cenderung bersikap seperti anak sulung. Jika anak tengah menunjukkan ciri sejati, maka ia akan terbawa-bawa gaya si bongsu yang lebih santai dan suka mengikut kehendak diri sendiri. Ini berlaku, terutama apabila anak tengah ini adalah pihak perempuan.

Bongsu – Bongsu
Berhati-hatilah! Bersama pasangan yang seirama memang menyenangkan. Namun bila tidak melihat kenyataan, kamu akan sulit untuk mengawal situasi.


psst:- saya n Incik Tunang sulung-sulung..memang sama-sama kena banyak sabar..memang dedua jenis kepala hangin..baran..emosi..sensitif..kehkehkeh..

Sila layan muke gedik tanpa mekap tuh :)

FullHouse Lifestyle Store and Cafe

Mesti ramai yang dah biasa dengar or familiar dengat FullHouse Lifestyle Store and Cafe. So review kali ni just nak share pasal makanan yang kami try makan hari tuh..

Tanggal berapa haribulan ntah..saya n Incik Tunang berjalan2 la kat Setia City Mall (saya suka datang cni sebabada parkson!!). Dah alang2 kelaparan mula la cari tempat makan..saya tanya dia n dia tanya saya..kaki meluncur laju ke arah Fullhouse..


Sampai depan restaurant tengok2 menu dulu..kot tak jumpa yang menarik kann...dah agak2 ade yang ok terus lah masuk..duduk n di beri menu lagi...dah dia bagi kami tengok la lagi sekali..usya sesatu page macam nak telan sebab suma nampak menarik..

Tapi dah dasarnya perut melayu, nasi juga yang jadi pilihan..Jom usya :)
Korean Tobbaq (octopus)
RM16.90
Yang ni saya punya..sedap!!tapi condition gigi time tuh membuatkan saya agak tak menikmati makan ni
 Coke (Rm3.50) - Incik Tunang punye
Lime Juice (RM4.50) - saya punye
Coke rasa sama je mana2 pun..lime juice dia OK la..bukan yg paling sedap saya penah rasa :)
 Chicken Masak Merah Nasi Lemak
RM16.90
Incik Tunang punya..sedap jugak..tapi ayam merah kat kenduri tetap menjadi pujaan hatiku :)

Home Made Onion Ring with House Blend of Spice
RM8.90

Kuantitinya memang banyak..makan sampai rasa nak keluar balik..ingatkan dengan harga camtu dapatla dalam 6 ketul jee..hahaa
Deep Fried Baby Octopus
RM9.90
yang ni pun ok..tapi macam yang dibagitahu..condition gigi menjadi kekangan dalam menikmati setiap menu..huuu

Ape yang suke tentang restaurant ni adalah persekitaran dia yang best..semua nampak soft je..maklumla diorang guna warna putih as warna asas..


 Dann..ada juga store untuk beli2 baju or accessories..mula la terbayang2 watak Rain dalam cite Fullhouse..hehehheeee...

Oklah..Assalamualaikum :)

Rating for FullHOuse Lifestyle Store and Cafe
Environment : 9/10
(Selesa..tenang)
Food/drinks 9/10
(banyak choice ala2 korean food)
Facilities (parking) : 9/10  
(sebab FH yang saya pegi ni kat SCM, makanya parking dalam Mall banyak..senang la dapat parking )
Price : 8/10  
(Standard harga kat restaurant2 lain jugak.. )
Location : 8/10
(Kebanyakan mall2 besar ade je restaurant ni..hehhee)

Wednesday, December 18, 2013

Planet Ikan Bakar & BBQ Steamboat Buffet

Selamat pagi..

Lai lai..update lagi tentang tempat makan..kalau update tempat makan maksudnya saya update pasal makanan yg di makan la jugakkan..Actually post ni sepatutnya dah lama post..Tapi di sebabkan kekangan masa, saya tak berkesempatan la nak update.

Memandangkan sepagi hari ni gigih dok buat kerja ofis, maka jom lah kita update blog..Kali ni saya nak share tempat makan yg terletak di sekitar KL..alaa..tempat makan yg saya update kalau tak KL, Selangor..tuh jela..sebabnya dah keje sini kan..kalau balik kG haruslah makan kat rumah..lagi best..hehhee

Melalut banyak..mari tengok gambar pembukaan..
Bagi tengok persekitaran dulu..kawasan tempat ni menarik sebab meja kerusi dia ala2 klasik sikit..dengan wallpaper gambar kartun..time ni saya pergi dah lewat so tak ramai orang sangat dah..

Di sebabkan saya pergi dengan Incik Tunang, jadinya kami orderla COUPLE SET..dalam set ni ade ikan siakap yg akan di masak ikut permintaan kita, tomyam campur, sayur campur, telur bungkus dan air buah.. macam2 set lagi yg adoo..dahla time tuh condition gigi saya masih tak ok..hahahaa.. (cerita pasal gigi pon tak update lagi..)..Makan pun ala2 je laa..

Sambil tunggu order sampai kami masing2 la main game Clash of Clans..apo nak jadii....hahhaaa..Masa yang di ambik untuk siapkan order2 kami pon tak lama sangat..kira pantas dan cekap la :)
Jeng jeng...makanan dah siap..makanya kami makan sehingga licin semua makanan2 di atas..sedapp okeh!!!..recommended utk makan kat sini..Harga pon ok la..tak da la mahal sangat..untuk Couple Set tu kami di caj RM55.00 :)

eh eh..kat mane kedai ni????haaaa.. ni tempatnya.. "Planet Ikan Bakar & BBQ Steamboat Buffet"..
Walaupun kedai ni ada bbq steamboat kami tak prefer untuk makan2 semua tu untuk kali ni.. (akan update entry saya dah makan bbq steamboat kat cni..heheh)

Planet ni terletak kat Planet Bumi di Taman Melati..dekat Mcd & petronas tuu..1 baris dengan Old town, Leha Kelfood dan lain2..

Ni alamat untuk tempat ni:
Lot 27, Tingkat Bawah, Jalan Melati Utama 4
Taman Melati Kuala Lumpur

 
Rating for Planet Ikan Bakar & BBQ Steamboat Buffet
Environment : 8/10
(Selesa..maybe sebab time tuh tak ramai orang)
Food/drinks : 9/10
(banyak choice dengan harga yang berpatutan..yang penting SEDAP!!)
Facilities (parking) : 6/10  
(Huuu..parking agak la kene ikut nasib..kadang2 sennag je dapat parking area sini..kadanag2 susah yang amatt)
Price : 7/10  
(Standard harga kat kedai2 lain jugak.. )
Location : 8/10
(Senang nak nampak kedai ni sebab ade signboard sebesar2nya..)

Tuesday, December 10, 2013

Island Steamboat & Grill

Sudah lama saya tak update pasal makan2 kat blog ni..lagipun blog saya bukanla blog pasal makanan semata. its more bout my life..so one of my interest mestilah pasal makan2 yang mana saya n my fiance suka try tempat makan yang tak pernah kami makan sebelum ni..

for this entry let me share a place that you can spend time with you friends and family to enjoy the steamboat with affordable price. But trust me u will satisfied with their food and service.

tak payah nak cakap omputeh sangat la..

tengok gambar dulu jom...


Sori.. Untuk post kali ni saya tak banyak plak snap gambar..sebabnya..ter excited nak makan..Pilihan makanan die boley tahan banyak (please jangan compare dengan seoul garden)..

Cerita punya cerita, saya tak bagitahu lagi kat mana tempat ni kan..baik2..ni adalah kat Island BBQ Steamboat and Grill, Kg. Melayu Subang. Bagi sesiapa yang familiar jalan Sungai Buloh - Highway Guthrie, maybe akan pernah ternampak banner yang tergantung kat tepi jalan. Kalau korang dari arah Shah Alam, makanya simpang ke tempat ni adalah di sebelah kiri (lepas dari fella design lagi) n kalau korang dari arah Kota damansara or MRR2, simpangnya adalah di sebelah kanan.

Kalau korang cari sign seperti di bawah kat tepi jalan besar, nescaya korang memang takkan jumpalah. korang cari je banner n masuk ikot simpang tuh. Kedia ni ke dalam sikit..so jangan plak korang takut nak masuk...

Bagi siapa yang nak cuba steamboat grill kat cni boleh la tenogk harga yang terpapar kat bawah ni


 Murah dan berpatutan. Makan la sampai muntah..tapi jangan pulak korang membazir.. (membazir itu amalan syaithooo)..Sebelum ke sana juga korang dinasihatkan untuk booking tempat dengan menelefon tempat ni di talian seperti di bawah

Rating for Island BBQ Steamboat
Environment : 7/10
(Kitorang dapat meja yang depan tv tapi laluan nak g ambik makanan macam sempit untuk orang bersize XL macam kami..)
Food/drinks : 7/10
(banyak choice dengan harga yang berpatutan)
Facilities (parking) : 7/10  
(Pandai2 lah korang carii parking..kitorang parking bawah pokok n berselut kalo musim hujan)
Price : 9/10  
(Murah sangat..RM21+ )
Location : 7/10
(Agak tersorok dan bagi yang tak familiar kawasan situ, agak susah nak jumpa tempat ni)
Oklah..setakat di sini dlu post kali ni.. Dalam makan sedap2 ingatlah orang yang tak bernasib baik macam kita..kadang2 pemberian RM1 sudah cukup untuk memberi makan buat orang lain. Assalamualaikum  


Monday, November 11, 2013

Dengan Sekali Lafaz

Jika hati jujur menyayangi
Terima daku seadanya nanti

Aku pun juga berharap demikian
Diri serba kekurangan 
 
Hanya dengan 1 lafaz
Dengan sekali lafaz 
Jelas cintaku ikhlas

Dan dengan debar ini
kuredha bergelar isteri

Seadanyai datang ribut dan taufan
Genggam erat tanganku
Jangan kau lpaskan oh sayang

Andai malam gelap gelita
Panduku mencari arah

Tabahlah bersama


Thursday, October 24, 2013

Gigi Geraham Bongsu

Seminggu yang lepas kesakitan di sebabkan gigi geraham bongsu terasa lagi. Kiri, kanan , atas dan bawah kesemuanya keluar dengan posisi yang tak normal. Siang cuba bertahan..malam hilang kewarasan dek gigi2 ini. Tapi untuk kali ini gigi disebelah kanan punca sebab kesakitan menyebabkan gusi mula membengkak.

Tidak mampu bertahan, balik dari cuti Aidiladha terus ke Klinik Kesihatan Seksyen 7 unit pergigian untuk membuat rawatan. Namun apakah daya, pihak klinik meminta saya untuk datang keesokkan harinya di waktu pagi dengan alasan waktu petang hanya untuk kanan2. Policy yang tak sepatutnya ada di klinik2 kesihatan, ada nak orang tengah sakit tunggu esok untuk dapatkan rawatan dari Doc.

Tnpa berfikir panjang, sya terus ke Klinik Pergigian Dr. Siti Fauzian yang juga terletak di seksyen 7. Melangkah masuk ke klinik itu seperti berkunjung ke nursery. Hilang sedikit rasa gentar dan debaran beransur kurang. Tiada apa yang dapat di lakukan kerana gusi saya masih bengkak. Doc menasihati saya untuk cabut (ntah kali keberapa dinasihati untuk mencabut geraham bongsu ni oleh dentist2 yang lain). Akhirnya dengan yakin saya tekad untuk buat appointment untuk mencabut gigi ni dengar berkadar harga yang murah berbanding dengan klinik2 gigi yang pernah saya kunjungi sebelum ni,

Pulang dengan ubat dan hati yang berdebar mengingatkan nasib dan kesakitan mencabut gigi geraham bongsu nanti. Makanya tunggula 1 Nov untuk saya bebas dari gigi bongsu yang menyakitkan ini. (kanan je okeh!!kiri punye lain kali)

Klinik yang saya pegi ni sangatla berdekorasi cantik..dengan wallpaper, sofa dan sudut2 yang menarik. Harga yang di offer jugak tak mahal. Mungkin di sebabkan oleh kawasan ni ramai student makanya die bagi special price la :)


Marilah kita bersama-sama menjaga kecantikan dan kebersihan gigi..

Asslamualaikum

Thursday, October 10, 2013

Keyword terbanyak: TUNANG

Sekarang ni kalau nk di kira da masuk pertengahan October yang mana bulan depan dah start cuti sekolah..Bahagia untuk budak2 sekolah dan cikgu sekolah (tapi tak semua juga cikgu sekolah akan bahagia, nanti ada kelas tambahan la dan macam2).  

Cuti sekolah dah synonim dengan kenduri kendara atau dalam bahasa ibunda saya di panggil bekwoh (big work). Majlis tunang, kawin dan sebagainya. Tidak dapat di nafikan sebab keyword yang paling top untuk blog saya sejak bulan lepas lagi berkaitan Tunang. Pelamin la, dress la..biasala tu..bakal2 yang aknamenjadi tunangan or isteri orang akan menjalankan aktiviti blog walking..Ini juga adalah dari experience saya dulu  yang hari2 dok g blog walking cari itu ini n yang penting cari  idea untuk baju dan pelamin.

Jdi saya pun banyak berkongsi dan buat review tentang e-day saya. Tak salahkan berkongsi pengalaman dan idea dengan orang lain..

So, kepada mereka2 yang masuk ke blog saya untuk baca review kisah tunang saya, di ucapkan terima kasih. Selalu2 la masuk lagi.. Semoga apa yang saya kongsikan sedikit sebanyak dapat membantu korang dalam mempersiapakan diri dan lain2 untuk majlis yang bakal menjelma.

Assalamualaikum

CPUV (cost per unique visit) : terima kasih nuffnang

Dah lebih seminggu tak menjengah blog seniri. Nampak sangat busy (walaupun sebenarnye tak de la sangat busy). Even saya tak sempat nak update blog tapi nuffnang saya makin bertambah..ada je iklan2 baru yang masuk..thanks atas kepercayaan tempek iklan2 ni kat blog saya yang tk seberapa ni...


Ade 6 adv yang tengah running and 1 yang telah di creditkan..Mesti pelikkan kenapa saya punya campaign ni dah tinggal skit..Ini kerana saya dah cash out iklan2 yang lain..hahaha..tak banyak pon tapi saja la ngada nk cash out jugak..boley la buat beli dress kat uptown :D

Jadi kawan2 blogger, rajin2 lah anda mengupdate blog..jangan contohi saya ye..Mana ahu boleh dapat rezeki lebih..


Assalamualaikum


Friday, September 27, 2013

Di Nanti Penuh Sabar

Setelah hampir seminggu menunggu akhirnya barang yang dikirim diterima olehku..servis POS Malaysia yang sungguh mengecewakan..Pos laju pon sampai lambat jugak disebabkan diorang pegi hantar salah tempat.

Tulisan yang super belit2 ini adalah tulisan my umi..haaaaa...zaman kecik2 dulu selalu la nak prektis tulis macam tuh.tapi memang tak jadilah..even kat sekolah dulu siap ada kelas untuk belajar tulisan berangkai..yang jadinya hanyahlah bangkai..sebab tulisan saya memang seketul2..tak reti nak rangkai2kan..

Apa isi dalma kotak tuh??jengjengjeng....

Barang utama yang umi nak bagi adalah supplement 4life Transfer Factor(cow colostrum and egg yolk extract) untuk saya..supplement ni di recommend kan oleh sepupu umi yang juga seorang doctor..katanya sesuai untuk orang berpenyakit Psoriasis macam saya..so untuk sekarang saya try makan la..tengok kot ada perubahan ke tidak..disebabkan umi hantar 2 botal so boleh la bertahan untuk 2 bulan..lepas 2 bulan kene la beli seniri..hahahaha

Selain tu, umi hantar juga bilis+tempe+kacang goreng yang sangat la rangup..haaa..tq2..saya kan baru pandai makan tempe..jadinya tiap kali makan tengah hari pon klo boleh nak ada tempe...haishh...Ada juga serunding daging..dah katanya feveret..umi bagi juga la..kot anak dia boleh makan dengon roti malam2 kalau kelaparan..hahahhaaa

Agaknya saya dah ada anak nanti macam ni juga ke saya buat??Mampu ke saya jadi macam umi??sampaikan tempe pon umi hantar ke KL sebab ingat yang saya suka makan walaupon dia sendiri tak makan tempe..hahhahaa...Syukur saya di lahirkan dari rahim seorang perempuan yang mengasihi anak2 dan orang sekelilingnya..semoga Allah memurahkan lagi rezeki dan memanjangkan umur umi..


Love,
AZMZ..


Assalamualaikum

Friday, September 20, 2013

Indah Cintaku

Ku ingin kau tahu, 
ku ingin kau selalu 
Dekat denganmu setiap hariku 
Sudahkah kau yakin untuk mencintaiku 
Ku ingin hanya satu tuk selamanya

Ku tak melihat dari sisi sempurnamu
Tak peduli kelemahanmu
Yang ada aku jatuh cinta karena hatimu

Cintaku tak pernah memandang siapa kamu 
Tak pernah menginginkan kamu lebih
Dari apa adanya dirimu selalu

Cintaku terasa sempurna karena hatimu 
Selalu menerima kekuranganku 
Sungguh indah cintaku

Sudahkah kau yakin untuk mencintaiku 
Ku ingin hanya satu tuk selamanya

Thursday, September 12, 2013

Tak Bisa Tanpamu



Dengar suaramu aku rindu
Ingat dirimu ku ingin bertemu
Aku tak bisa musnahkan dirimu

Tanpa cintamu aku lemah
Sungguh terasa hampa hidupku
Jangan biarkan ku musnah tanpamu

Aku menangis bila ku teringat
Saat bersamamu berdua denganmu
Aku yang hancur tanpamu

Dengar suaramu aku rindu
Ingat dirimu ku ingin bertemu
Aku tak bisa musnahkan dirimu

Aku menangis bila ku teringat
Saat bersamamu berdua denganmu
Aku yang hancur tanpamu

Aku yang hancur saat kau tinggalkan
Saat kau menjauh dari sisiku
Aku yang lemah tanpamu
Aku yang lemah tanpamu, ku musnah tanpamu

Wednesday, September 11, 2013

Tuesday, September 10, 2013

Bahagia abadi

Hampir 26 tahun aku hidup di dunia muslihat ini,
Ada kalanya aku di bawah,
Dan ada masanya di atas,
Ada waktunya aku di sanjung,
Dan ada juga masanya aku dicemuh,
Senyum diukir bukan petanda hati gembira,
Air mata mengalir bukan ertinya hati berduka,
Mulut berkata bahagia,
Hati berbisik lara,
Aku biarkan rasa ini merebak keseluruh pelusuk jiwa,
Membiarkan aku lupa kisah yang lama,
Jangan dijentik hati ini lagi,
Jangan dicuit rasa ini lagi,
Bahagia ini semoga abadi,
Bersama hidup yang masih berbaki.

Aina Zaireynna
10.9.13




Sunday, September 8, 2013

Matta Fair 2013

Hari sabtu datang lagi..plan hujung mnggu ni untuk pergi ke Matta Fair 2013 kat PWTC..slalu orang cakap g MF sebab nk beli tiket or cari paker pgi melancong..hahaha..kami mana ade fulus yang banyak kan..jadik nye pegi saje2 nak cuci mata..Nak masuk kat MF tuh pon kne bayar okeh!!

Kalo korang pasang niat nak pegi, silala beli tiket scara online..jadiknye tak payah la nk beratur panjang yang hamat utk beli tiket semata..kne bayar lebey seposen..harga kalau beli kat kaunter adalah RM4..tapi kalo beli online da jdik RM4.10..owh..lupe nak bagitahu..Matta Fair 2013 ni bermula dari 6 September sehingga 8 September 2013..

walaupun kami poket tak tebal sangat tapi sempat la singgah survey ticket utk cruise punya pakej..haha..berangan sangat!!tapi dah alang2 pegi, saya beli la jugak 1 ticket..tapi bukan la tiket melancong..tiket nak masuk Aquaria KLCC je..sebab tak pernah pegi..dah alang2 murah..rembat jela..kami dapat dengan harga RM28 sorang..harga asal adalah RM38..untung la RM10..

Dah nasib utk jumpa dengan Aaron Aziz...nak buat mcam mna..die dah jadi duta untuk 1 travel agensi ke Hong Kong..Ape lgi..memang berebut la nak tangkap gmbar..bukan berebut nak beli tiket g Hong Kong kann..

Marilah menjamu mata dengan gambar2 yang sempat di tangkap..
 Hah..kalo sape yang beli ticket online, korang boley terus pegi ke kaunter online ticketing..pastu tukar amik "gelang" biru tu dengan bag pegi pasar..hahaha
 Ada banyak pakej murah2..boleh di katakan memang murah sangat..patutla setiap tahun orang berpusu2 datang ke Matta Fair..
 Nampaknya tahun depan sya pon kne dtg utk beli tiket hanimunnn..huahahhaa..gedik sangat kan..

 Dan inilah pic of the month..hahaha..jadik orang 1st g tangkap gmbar ngn org kuat King ni siap kene halau lagi sebab nak berlama2 kan..sengal..eh..Aaron sangat tinggi..sebab sya still tak ckup ketinggian bila berdiri kt sebelah die..memang nsem la...hiii..Aaron pesan jangan download KL Gangster 2 yg da klua kt tenet..d suruhnya g tgk kt wayang..ampun...saya dah tgk pon..huahahha

 Hantu kat bwah ni adalah kepunyaan booth Universal Studio Singapore..muka memang xleh senyum..da katenye hantu kan..tapi kan..hantu ni pakai tag exhibitor kot..huahahaaa..lucu2..
Kalo sesiapa yang nk g Matta Fair ni sile bwak duit kepuk2..baru best..okehle..cukup dulu entry saya utk hari ni..update pon gne phn je..tak best nk taip banyak2...bye bye

Parking sangat la susah..jadi kami mengambil keputusan untuk g prking Mr.White kat umah c.ha kt sentul..pehtu naik tren..hahahaa..

assalamualaikum