Tuesday, June 21, 2011

[update diet 1] dietku mula menunjukkan hasil

Salam..hoooyooo...

tengok2 title entry ni suma..."dietku mula menunjukkan hasil"..tak sia-sia ikut diet cara Dr. Atkins ni...i tak de la berlapar..makan je sesuka hati cume elakkan dari ambil makanan bercarbs tinggi..

Sehingga ke hari ni (21/6/2011), dah masuk hari ke-5 i diet dengan cara ni..i start berdiet pade (17/6/2011)..kira time tu belajar2 nak diet..last sunday time dekat carefour, da makan kenyang2 gatai pegi timbang berat..wohooo..69.9kg..sebelum ni berat i 70kg..dan ada juga yang 70++..da lama rasanya berat tak mencecah angka 6..asek angka 7 je..tahun ni rasanya memang dok stick dengan angka 7..sedikit gembira...

petangnya pergi jumpa member2 sekolah, baiti, jeli, takie, jafni, kat midvalley..Maka bersaksikan Mr.N i pergi timbang berat di 1 mesin timbang ni..haih...berat 71kg..agak terkejut...before2 ni pernah timbang situ juga dan menunjukkan berat 73kg..means dah turun..tapi tak puas hati..sebab jenis penimbang tu tak sama dengan penimbang di carefour...Tetibe ternampak 1 lgik mesin timbang yang ala2 dekat carefour..dengan suspennya i memanjat mesin timbang tu..dan menunjukkan 69kg...weeeeeeeeeeeeeee.....time tu lepas makan sikit curik2 ikan dalam pinggan Mr.N...

Teruja...2 hari diet berat dah turun 69kg...Maka i terus berdiet..sehingga ke saat ini..Time lunch tadi pergi carefour..niat semata nak timbang berat..maka dengan suspennya i panjat mesin timbang tu (padahal malu nak timbang)..dan angka yang di tunjukkan adalah...




67.9kg



ini menunjukkan perubahan yang baik..suka2...terus lagi bersemangat nak turunkan berat..target untuk sekarang ni hanya 65kg..tapi kalau boleh nak 60kg.. kalau boleh lagi nak 51 kg macam 2005 dulu.. (Impossible).


Maka pembaca blog ni yang rasa badan die perlu di repair or modified tuh jom la join diet dengan saya..diet bukan untuk orang lain..tapi untuk diri sendiri...Nak cari baju pun senang..Cari seluar pon tak susah...heheheee.
WIsh me luck untuk terus turunkan berat :)

Monday, June 20, 2011

[CONTEST] Contest Photo Couple: We Are Not Perfect


Salam..Jom join contest lagi.. (Haish..tak de keje sungguh budak ni)..Sape yang rasa nak join, click banner kt bawah, boleh le pegi usha blog tuan tanah yang anjurkan contest ni..Memula i tengok contest yang dia buat ni memang tergelak habis la..lucu tajuk dia..but interesting...




Syarat2 penyertaan adalah seperti tersenarai di atas...untuk syarat PERTAMA i da penuhi..kira dah follow la blog tuan tanah :D

So Now..lets proceed to the main requirement..kena create entry dan cerita secara ringkas saat pertemuan pertama i dengan Mr.Boyfie..hahahhaaa..gelak dulu...

Pejam celik..pejam celik...da 2 tahun lebih i berpacaran dengan Mr.Boyfie..atau dikenali sebagai Mr.N..Macam mana kami berkenalan???padahal time kenal tu dia ade dok kat Perak..sedangkan i kat Shah Alam..Peristiwa berlaku lebih kurang 3 tahun lepas..

Ceritanya bermula bila i sangat aktif berforum dalam 1 forum ni...Mr.N juga ada join forum tu..dengan perwatakan ganasnya memang mengerikan..kalau YM pun mesti nak letak gambar pocong sebagai pic..Sebelum i dengan dia i dah ada Boyfie lain..Tapi selalu makan hati..makanya Mr.N la yang selalu menghiburkan dengan lawak bodo dan lagu2 yang kadang2 membingtikan..lama2 kami macam lost contact..bukan lost cuma masing2 ada life sendiri..dia juga ada pacar lain..1st time i call dia adalah sebagai seorang kawan..i mampu gelak sebab bila dengar suara dia yang tak seganas perwatakannya...

Untuk ringkaskan lagi..Tanggal 31 Dec 2008, i mesej2 ngan My Boyfie yang selalu buat i makan hati..just nk wish new year..time tu i di Kelantan n my boyfie di KL..i mesej sampai berapa banyak pun tak tahu tapi haram 1 mesej tak terbalas sebab da kusyuk duk melangut sambut new year di KLCC..so i wish je la new year kt kawan2 lain termasuk Mr.N...tanpa di duga dia rep my mesej..before this dia macam liat sangat nk rep..alasan sebab i dah ada BF...

Start 1 Jan 2009 kami bermesej sampai i tertido..dan siangnya sambung lagi mesej..dari saat itu kami semakin rapat..walaupun tidak pernah bersua namun i tekad untuk bersama dia dari terus makan hati..dia mampu terima kekurangan diri i..

Setelah 4 bulan kami berpacaran barulah dapat bersua..itu pun kerana dia datang KL (Xtion Park Bukit Jalil) untuk men tembak2(paintball) dengan mak ngahnya..tapi time tu i tak berani lagi nk g jumpa makngah..huhuhu...Jumpa tak lama pun dok malu2, segan...dia la yang cam tu..i x pun..1st time jumpa tanpa segan silu i g timbang berat..hahhaaaa..time tu tak de lah seberat sekarang..haishh..Jumpa pun sekadar melepak di Carefour Endah..yeah..time tu i dapat le coklat 1 tin, key (da hilang tercicir time belon panas).hoh..

Perangai kami lebih kurang juga la..panas baran..hahhaaa..tapi sekarang i cuba untuk berubah..setelah umi sendiri tegur perangai baran i ni...Mr.N pon nampaknya da makin berubah juga...

Kalau orang tanya apa yang istimewa sangat Mr.N??
1- Dia mampu buat i happy bila i jauh dari family..
2- Setakat ni belum ada rekod yang membuktikan dia curang... kira rekod bersih
3- Pandai masak okeh ..time i kena Kayap dulu tetiap hari juga dia masakkan untuk i..sebab i belum sempat masuk kelas memasak..
4- Sayang i..- Bak kata orang..pilih orang yang sayangkan kita bukan pilih orang yang kita je sayang..maka..biarlah i pon menyayangi dia seadanya sebab i tahu dia pun sayang i...(mana geli tuh sila jangan baca)..
5- Sabar..walau dia tahu ada yang tak dapat menerima kehadiran dia tapi still cuba untuk teruskan hubungan ni.. (tak paham..apa yang tak boleh terima sangat..)
6- Dia sentiasa ada bila i perlukan seseorang...dan dia akan tolong i selagi termampu..

Walaupun tempoh perkenalan kami tidak la dikira lama..dah baru 2 tahun lebih kan..tetapi family dia dapat menerima i seadanya..layanan yang diberikan tak pernah kurang seperti anak seniri..Boleh dikatakan dah ramai juga kaum keluarga dia yang i da jumpa..semuanya menerima baik kehadiran i dalam keluarga tu..terima kasih..
Semoga kehadiran dia dalam family i juga akan diterima dan dilayan baik sebagaima  yang i dapat dari family dia..~

Tiada apa yang mampu i ucapkan..hanya berharap agar hubungan ni berkekalan sampai bila2..Kita hanya merancang..tapi Tuhan yang menentukan..~

Pic wallpaper phone dia tuh adalah pic 1st time kami jumpa 2 tahun lepas..~
Ni pic di cameron Highland..ditaja khas oleh family dia..luangkan masa dengan Mr.N sekeluarga dan juga Keluarga Maksu dia..(1st time i pegi cameron!!)
Snow Walk kat I-City..di sponsor oleh Mak ngan Ayah..hahahaa..pokai wehh masuk sini..yang best main luncur2..pakat2 la pegi sana..~





Maka tamatlah sudah coretan i tentang couple maple ni...semoga i de peluang untuk dapatkan RM100 tuh..hahahaaa..

Thanks coz sudi baca entry yang agak panjang...~

[Contest] Anda Bagi Gambar, Prince Bagi Rm50 !!!

Salam..Hye..Hoi..ngeeeeee

Di sebabkan kebosanan melampau hari ni..ditambah pula sesaja nak memeriahkan contest yang di anjurkan oleh Prince..Makanya..saya pon turut serta join contest yang ada 4 kategori ni..

Kategori2 yang tersenarai dalam carta adalah:

1) Gambar Kenangan Terindah Bersama Keluarga (Pic dengan family la niii eh??))
2) Gambar Sewaktu Zaman Persekolahan (ni sah vintage punya zaman)..
3) Gambar Ketika Melancong (penah ke g melancon??erm..erm..)
4) Gambar Bersama Kawan Baik/Bf/Gf (tuuu dia..)

Maka untuk contest ni..saya nak pilih kategori yang no 1 dulu: Gambar Kenangan Terindah Bersama Keluarga..
Yang lain2 nanti saya akan post. InsyaAllah..

Sebelum menunjukkan Gambar bersama kelurga, saya akan letak gambar saya dulu bagi mengelakkan dikaitkan dengan isu copy paste gambar orang lain..hahhahaa.


Gambar Kenangan Terindah Bersama Keluarga

Macam belajar di zaman sekolah dulu..keluarga ni ada 2 jenis, Keluarga Besar & Keluarga Asas..Keluarga Besar saya memang besar..tak terkira jumlahnya, tapi kalau Keluarga Asas, hakhak,,4 orang je..Abah, Umi, Saya dan Adik..Meh saya tunjukkan siapa yang ada di sebalik Keluarga Asas saya:





Gambar terlalu lama..kepudaran jelas dan nyata..

Wohoooo.ni pic zaman kecomelan terlampau dulu..MEMANG INDAH bersama umi dan abah..time ni sah2 la adik saya tak wujud lagi..Gap antara kami selama 10 tahun..saya dah besar gedabak, adik baru keluar nangis2 huaaaaaa..huaaaaaa...ishk..Kehidupan time ni da ibarat di tatang bagai minyak yang penuh la..nampak tuuu..penuh minyak sebab jadi tunggal 10 tahun...Sehinggakan tumbesaran betol2 membesar..
Konvokesyen saya time degree-2009
Ni pula gambar bersama keluarga asas saya yang boleh di katakan baru juga la..sebab adik saya pun dah besar..kalau dulu kami hanya bertiga, sekarang kami sudah berempat. adik hadir memeriahkan lagik Keluarga Asas kami..SANGAT INDAH bila kami dapat berkumpul dan bergambar bersama...Adik sekarang sudah 14 tahun (form 2)..Maka jangan lah kira berapa umur saya... :D




Bersama Abah - Raya 2009
Gambar saya dan abah membongkar betapa hubungan kami sangat rapat..perangai kami hampir sama..sehinggakan kadang kala kami sama-sama mempertahankan ego..abah ke kanan saya ke kiri..namun, bila kami mula berdamai, senyuman terukir, yeaaa.. BETAPA INDAH saat itu...




Bersama Umi - Raya 2010
Ni pula gambar saya dengan umi, orang yg mengandungkan saya 9 bulan 10 hari, melahirkan dan membesarkan saya bersama abah..Zaman kanak-kanak saya lebih banyak di habiskan dengan abah..mungkin kerana perangai kami sama..tapi apabila meningkat remaja, tanpa di sedari, rupa-rupanya saya lebih rapat dengan umi. segala rahsia, masalah akan di kongsi bersama. Sehingga sekarang walaupun jarak telah memisahkan kami, tetapi dengan kecanggihan teknologi, kami dapat berhubung saban hari meluahkan permasalahan, bercerita walau hanya tentang perkara remeh..KEINDAHAN itu hanya dapat di rasai bila bersama umi..



Da only one sista -Raya 2009
 Ni gambar saya dengan adik..satu-satunya adik saya di dunia dan akhirat..dulu terlalu sukar untuk saya terima kehadiran adik..maklum la..da jadi tunggal 10 tahun..walaupun sukar menerima tapi saya tetap sayang adik saya..sebab saya tahu selain umi dengan abah adik saja yang paling rapat dengan saya..yang akan bersama saya susah dan senang..Dulu kami selalu bertelagah..dia terlalu manja sehinggakan perkara kecil menjadi besar..bila menigkat usia, dia semakin matang, dan kami semakin rapat..saya mula merasai kehadiran adik menambahkan lagi kebahagiaan dan menjadikan hidup TERLALU INDAH untuk dimengertikan..
..................................xxxxxx................................

Itu berkisar Keluarga Asas saya..jom share cerita di sebalik Keluarga Besar saya..

Keluarga Besar saya memang sangat besar..Keluarga Besar sebelah abah sangat ramai..sehinggakan saya sudah berpangkat makcik..Tapi kalau sebelah umi, tak terlalu besar lagi..mungkin kerana faktor umur yang masih muda dan belum bekeluarga..
 
 
 
 
 
 
 Gambar bersama keluarga besar sebelah abah tak pernah di snap beramai2 or semua ahli kelurga ada dalam 1 gambar..kalo nak bergambar rasanya kena ada 1 ruang yang luas..tapi kat sini saya letak juga gambar bersama mereka..ahhh... INDAH bersama mereka kerana ada di kalangan mereka yang sama2 menjaga dan melihat saya membesar..

................................................xxxxxxxxxxx............................................
Ni pula gambar bersama keluarga besar di sebelah umi..kami ibarat seusia walaupun pangkat berbeza..ank saudara dan mak saudara..perbezaan umur yg tidak jauh menjadikan kami rapat, berkongsi cerita, gosip2 dan sering menghabiskan masa bersama..KEINDAHAN semakin mekar bila kami berkumpul dan bergelak ketawa...
 
 

 
 
 
 

Itulah INDAHNYA BERSAMA KELUARGA.. Gambar di snap sebagai bukti keindahan itu dan mengharapkan Keindahan itu berkekalan abadi selamanya..

Jom blogger sekalian join contest ni juga,..nak tahu detailz click SINI .

Semoga terhibur dengan nukilan ni...Bye ~



Sila percaya..Afdsmkad tgh diet

Salam..
Yooyooo..Wassup...

sudah lama tidak ku update blog ni. sudah bersawang, sarang anai2 pun dah bertambah...kejap lagi boleh roboh blog ni..

Seperti tajuk entry kali ni "Sila percaya..Afdsmkad tgh diet"..percubaan yang ke berapa kali entah untuk diet..selalu diet boleh dikatakan nampak kesan..tapi bila time nak maintain bercinta..nafsu membuak2..nampak mcd..nampak kfc..nampak nasi.hoh..

zaman baby dulu rasanya i takde la tembam sangat..mula2 lahir pun 3kg je..bila da masuk sekolah rendah memang badan terbaik la..macam di pam2..al maklum la..time tu tak fikir nak body macam model..ngeee..janji perut kenyang ciap boleh sendawa berbau macam2 baru rasa puas...makanan rutin of course la nasi+telur+kicap..tu yang wajib..yang sampingan tak yah cite la..sayur memng campak jauh2..tak sedappp (ni dulu)..jangan tak percaya..berat i time darjah 6 adalah 58kg..wohoooo....

Masuk sekolah menengah maybe sebab i makin meninggi makanya kebesaran tu berkurang sedikit..maybe juga sebab dok hostel..i ni jenis memilih makan kat hostel dan jarang sangat melantak kat dining. Cuma ada satu benda yang berubah dalam rutin pemakanan i adalah "makan sayur"..bila tengok member makan.teringin nak makan juga..sampaikan terung kari tu da jadi menu favorite time kt hostel..sikit demi sikit i belajar makan sayur..sehingga sekarang semua jenis sayur telan je kecualiii...BENDI...Berat i time lepas SPM adalah 53kg. tgk2 perubahan..dari sekolah rendah ke sekolah menengah...

Bila masuk matrix..ada member sekolah yang dok 1 matrix tegur "eh..aina nampak kurus"..huuuu..time tu hidung dah kembang sampai kene kepit dengan pengepit baju..berat time tu dalam 51kg..tapi ayat tu da bertukar bila dah nak habis matrix."eh..aku nampak aina makin membesar"..chait..memang la..dah kat matrix arau tu makanan murah..ambik la banyak mane pun harga tetap murah...dengan kata lain i memang makan banyak dekat matrix..

Bila dah masuk degree..ngeeee..gelak dulu..badan da makin naik..tapi 1 part yang susah nak naik adalah perut...sampaikan ada setengah member yang tak puas hati bila perut i tak bunchett melampau..perut je la..part lain macam kena g masukkan angin bagi kembang..paha lengan..hoh...OUT jadi model laaa..

Sampai time sem 5..i memang berdisiplin makan pil garlic..i dapat lihat lemak2 keluar time merembeskan hasil2 makanan di toilet...hahahahaa...owh..time tu i tak makan nasi malam2...makan bihun sup je...ada member tego.."ko diet ke..aku tak nampak da lemak2 kat belakang ko"..yeah..happy..tapi dah kena tegur..terus la makan macam2 balik...hahahhaaa..MISSION FAILED..

dan sekarang..i mulakan balik diet i..selepas terbaca 1 blog www.taknakgemuk.com ...sangat memotivasikan..bro dzul tuh lagi besar dari i dan dia mampu untuk turunkan berat..terbaekkkk r.. target i sebenarnya nak melawa time raya tahun ni..maka i follow cara dzul ni..n dia follow dr.atkins punya cara...
Hasilnya: dalam tempoh induction 2 hari i mampu turunkan 1kg..i makan je sampai kenyang..tapi i tolak jauh2 makanan yang berkarbohidrat tinggi.paling utama, nasi dan roti..hoh...

Maka..i akan update seterusnya apakah lagi bakal berlaku dalam diet ni..berapa lama mampu bertahan pun i tak tahu..




rasanya belum terlambat untuk mengucapkan SELAMAT HARI BAPA untuk semua abah, ayah, papa, walid, daddy, abi, chek di dunia ni...~

Abah, selamat hari bapa..semoga sihat2 selalu, panjang umur, murah rezeki, sentiasa di berkati..tak ada hadiah nak bagi..tak mampu lagi nak bagi..heheheee....anggap je konvo nnati sebagai hadiah :D 
weeeee