Friday, May 22, 2009

cOnteNg muka!!!


bile da xde keje mula le wat menda2 x berpekdah..hakhak..dok umah pon make up2..nerai macam2 kaler kat mata tuh..kejadian ni berlaku semalam..tyme lepak2 ngan cik ha..huahahahahaa.....

Teknik Bersolek


Langkah satu: Sesetengah orang gemar memantis dan melukis kening (dalam Islam hukumnya haram). Bagi mereka yang bukan Islam, kening yang dipantis harus bersesuaian dengan wajah supaya penampilan anda tidak kelihatan lucu. Kata Nancy, mereka yang berwajah kecil, kening yang dipantis dan dilukis terlalu tinggi. Bagi mereka yang berwajah panjang, kening dipantis berbentuk lurus menghala ke bahagian atas telinga. Bagi yang berwajah bulat, kening dipantis jatuh mengarah ke pertengahan telinga. Wajah berbentuk bulat, kening dipantis lekuk ke bawah mengarah ke cuping telinga. Manakala mereka yang berwajah bulat, kening dipantis lekuk mengarah ke bahagian atas telinga.

langkah dua: Solekan wajah bermula dengan mata. Untuk mendapatkan gaya mata menawan gunakan warna-warna seperti beige atau putih untuk disapu pada seluruh bahagian kelopak mata. Ia juga boleh digunakan sebagai asas untuk memastikan solekan kekal lama. Langkah itu diikuti dengan sapuan warna yang lebih gelap di bahagian hujung mata. Kemudian 'tajamkan' penampilan mata dengan celak. "Setiap orang ada warna pilihan. Tetapi ingat setiap warna memiliki impak tersendiri pada penampilan. Jika anda rasa warna yang dipilih itu salah, jangan padam kerana wajah bukan kertas sebaliknya sapukan dengan warna putih atau beige sebelum meletakkan sapuan warna yang betul," katanya.

Langkah tiga: Jangan gunakan pemerah pipi berwarna pink jika warna kulit tidak senada. Manakala untuk penampilan yang lebih tenang, pilih pemerah pipi jenis 'shimmer'. "Memakai pemerah pipi harus dengan berus dan ditekan-tekan ke wajah beberapa kali. Jangan sapukan, kerana ia akan membuatkan bedak dan bedak asas hilang,"katanya.

Langkah empat: Gunakan penggaris bibir untuk membentuk garisan luar bibir bermula dari garis luar ke arah lekuk bibir di bahagian atas. Untuk bibir yang kelihatan penuh dan sesual, jangan lukis lekuk bibir sebaliknya lukis secara selari sebelum tekap sedikit gloss di bahagian tengah bibir. Ia akan membantu bibir kelihatan besar dan menarik. Secara teorinya kata Nancy, penggaris bibir akan menajamkan garisan bibir. Gunakan gincu berwarna lembut untuk penampilan yang kelihatan sopan dan anggun tetapi guna warna terang untuk penampilan yang menyerlah.


Apa patut tahu
Warna sejuk – berorientasikan nada biru seperti putih, pink, biru, ungu dan perak
Warna panas – berorientasikan nada kuning seperti beige, kuning, perang, hijau dan merah
Jangan gunakan tangan untuk mencampurkan warna sebaliknya gunakan berus yang sesuai
Basuh berus dengan perapi rambut dan jemur dengan cara membaringkannya.
Guna warna yang terang untuk bibir tetapi warna yang lebih lembut pada mata.

1. Pastikan jangkamasa bersolek tidak lama iaitu antara 10 hingga 15 minit saja.
2. Pemakaian mekap nipis saja atau natural, jangan terlalu tebal dan keterlaluan.
3. Bersenam atau berkunjung ke gimnasium boleh meningkatkan kesihatan fizikal dan wajah juga akan nampak sihat.
4. Jangan kedekut membelanjakan wang untuk membeli baju yang cantik.
5. Amalkan pemakaian pupur wajah dua kali seminggu dan scrub sekali dalam seminggu.
6. Jenama kecantikan pilihan pakar yang sesuai untuk kulit lelaki - MAC, SKII, JPG, Shiseido, Clinique.
7. Pilihlah bedak asas yang tidak mengandungi minyak dan pastikan warnanya sama dengan warna leher anda supaya tidak ketara perbezaannya.
8. Bahagian zon-T wajah senang berminyak, jadi sapukan bedak kompak di kawasan ini bila perlu.
9. Pilihlah pressed powder atau bedak kompak dari warna natural.

hakhak..tuh saye pow lam tenet..juz nk share kat cni plak...utk sesape yg bru nk berjinak2 ngan make up leh le tambah info sesket...actually sye memng ske ngan menda2 cam ne..sonok conteng2 muke sendrik..tade la plak p clazz utk blajar sume neh..juz ilmu2 dri my aunt n my mom..pape tips diowang share2 ngan sye..huahahahaha..

oFf topic~

No comments: