Salam..
post kali ni ringkas dan padat je..just nak tempek result exam i macam sebelum ni..tak pernah lupa untuk berkongsi kejayaan maupun kegagalan dengan followers...
|
Click pic untuk tengok besar2 |
Tuh dia keputusan yang diperolehi..dan untuk pengetahuan semua tu mungkin keputusan peperiksaan terakhir i di UiTM...belum masa untuk sambung PHD lagi..heehehe...tuh-tuh tengok yang dalam kotak merah..word COMPLETE tu menunjukkan i sudah berjaya menamatkan master degree dalam tempoh 3 sem (1 setengah tahun)..struggle untuk berikan yang terbaik untuk family, dan diri sendiri..
terima kasih kepada kawan-kawan yang banyak membantu i dalam menyiapkan assignment, project2 dan seangkatan dengannya..tak lupa pada shazana..my bestroomate and teammate.. gaduh dengan dia time buat assignment policy..walaupun kami sama-sama buta policy tapi akhirnya dapatla juga A-...
Sedikit kecewa dengan independent study sebab dapat B+..sebab kecarelessan i juga..macam mana boleh tak termasuk 10 pages time submit final draft untuk ambil markah..memng i ingat i print semua pages..mungkin tercicir time binding atau ntahhhh laaa.....tapi bersyukur dan berterima kasih sangat dengan supervisor yang banyak bagi dorongan dan tunjuk ajar..PM fuziah, lecturer favorite dan i sentiasa suka kalau time class dia..suka cara dia dan suka semua2 la..hehehheee...
untuk subject business, tak dapat dinafikan rasanya semua yang ambil subject ni akan dapat A kot sebab final project yang uhhhhh....sampai I hantuk kepala kat dinding sebab geram sangat...tapi kesakitan tu terubat dengan A yang diberikan PM Norma....
Subject yang every week ada individual presentation...kadang-kadang sampai tak ada masa untuk buat kerja lain sebab kena prepare untuk subject entrepreneurship..stress tak payah cakap la...but cara pengajaran dan topic yang Prof Sza bagi memang best...dari i yang tak kenal siapa founder ebay pon akhirnya dah dapat tau...Tak sia2 dapat juga A- untuk subject ni...:)
Rasanya post ni dah tak jadi ringkas..da berjela pulee...harapan semoga i terus success...Tak sabar untuk konvo dengan 2 stripes dan bertemu Yang Dipertuan Agong amik scroll.. weeeee :)
special thanks:
- abah, umi dan adik yang tak jemu-jemu bagi sokongan dan dorongan tiap-tiap masa..abah, along penuhi apa yang abah nak..grad dengan 3.6 above...ngaaahaha...thanks abah x pernah miss elaun bulanan...thanks umi untuk elaun tambahan..terima kasih untuk segala-gala..<3 umi, abah n adik sangat2...
- family..yang banyak tolong dari pelbagai aspek..heeeee
- lecturers...terima kasih untuk ilmu dan tunjuk ajar selama ni
- boyfie..yang slalu tolong time buat assignment sampaikan kerja group kami pon di tolongnya..tahan kena amuk bila stress buat assignment..
- friends...yang selalu sama-sama tidur lewat, bersengkang mata, kebulur tengah malam untuk settlekan final projects..
- tidak dilupakan juga..penaja i belajar Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia...kerana telah menjelaskan semua yuran pengajian selama 3 sem sebanyak RM6348.00.....
- thanks a lot kepada semua yang terlibat secara langsung maupun tidak langsung dalam menyokong i sehingga ke tahap ini...
bye~