Salam..
post kali ni ringkas dan padat je..just nak tempek result exam i macam sebelum ni..tak pernah lupa untuk berkongsi kejayaan maupun kegagalan dengan followers...
Click pic untuk tengok besar2 |
Tuh dia keputusan yang diperolehi..dan untuk pengetahuan semua tu mungkin keputusan peperiksaan terakhir i di UiTM...belum masa untuk sambung PHD lagi..heehehe...tuh-tuh tengok yang dalam kotak merah..word COMPLETE tu menunjukkan i sudah berjaya menamatkan master degree dalam tempoh 3 sem (1 setengah tahun)..struggle untuk berikan yang terbaik untuk family, dan diri sendiri..
terima kasih kepada kawan-kawan yang banyak membantu i dalam menyiapkan assignment, project2 dan seangkatan dengannya..tak lupa pada shazana..my bestroomate and teammate.. gaduh dengan dia time buat assignment policy..walaupun kami sama-sama buta policy tapi akhirnya dapatla juga A-...
Sedikit kecewa dengan independent study sebab dapat B+..sebab kecarelessan i juga..macam mana boleh tak termasuk 10 pages time submit final draft untuk ambil markah..memng i ingat i print semua pages..mungkin tercicir time binding atau ntahhhh laaa.....tapi bersyukur dan berterima kasih sangat dengan supervisor yang banyak bagi dorongan dan tunjuk ajar..PM fuziah, lecturer favorite dan i sentiasa suka kalau time class dia..suka cara dia dan suka semua2 la..hehehheee...
untuk subject business, tak dapat dinafikan rasanya semua yang ambil subject ni akan dapat A kot sebab final project yang uhhhhh....sampai I hantuk kepala kat dinding sebab geram sangat...tapi kesakitan tu terubat dengan A yang diberikan PM Norma....
Subject yang every week ada individual presentation...kadang-kadang sampai tak ada masa untuk buat kerja lain sebab kena prepare untuk subject entrepreneurship..stress tak payah cakap la...but cara pengajaran dan topic yang Prof Sza bagi memang best...dari i yang tak kenal siapa founder ebay pon akhirnya dah dapat tau...Tak sia2 dapat juga A- untuk subject ni...:)
Rasanya post ni dah tak jadi ringkas..da berjela pulee...harapan semoga i terus success...Tak sabar untuk konvo dengan 2 stripes dan bertemu Yang Dipertuan Agong amik scroll.. weeeee :)
special thanks:
- abah, umi dan adik yang tak jemu-jemu bagi sokongan dan dorongan tiap-tiap masa..abah, along penuhi apa yang abah nak..grad dengan 3.6 above...ngaaahaha...thanks abah x pernah miss elaun bulanan...thanks umi untuk elaun tambahan..terima kasih untuk segala-gala..<3 umi, abah n adik sangat2...
- family..yang banyak tolong dari pelbagai aspek..heeeee
- lecturers...terima kasih untuk ilmu dan tunjuk ajar selama ni
- boyfie..yang slalu tolong time buat assignment sampaikan kerja group kami pon di tolongnya..tahan kena amuk bila stress buat assignment..
- friends...yang selalu sama-sama tidur lewat, bersengkang mata, kebulur tengah malam untuk settlekan final projects..
- tidak dilupakan juga..penaja i belajar Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia...kerana telah menjelaskan semua yuran pengajian selama 3 sem sebanyak RM6348.00.....
- thanks a lot kepada semua yang terlibat secara langsung maupun tidak langsung dalam menyokong i sehingga ke tahap ini...
5 comments:
i like...llalalallaal
i like 1000000000x...allalalalal...
Tahniah..& selamat maju jaya.Walau pun kita pada dasarnya tidak menenali satu sama lain tp pakcik tumpang gembira.Alang kah bagusnya jika anak pakcik pun berjaya seperti kamu.Tapi dia langsung tidak berazam ke arah itu..Akhir kata "Selamat buat kamu dunia & Akhirat
zana>>>bape banyak ko nk komen..ngahahhaaa...
Wak Selampit>>>terima kasih..anak wak tu mesti rezeki dia ade kt tempt lain..InsyaAllah..sama2 doakan yg terbaik untuk dia.. :)
Post a Comment