Hari ini tergerak hati untuk share sedikit sebanyak pasal 1 penyakit kulit yg dinamakan "Psoriasis".. Bagi sesiapa yang mengalami masalah ini pasti tahu bagaimana keadaan & rasa diri mereka..
Saya bukan seorang doktor jauh sekali doktor pakar perubatan..tapi dari hasil pembacaan dan kajian sendiri saya dapat mendefinasikannya sebagai
"1 penyakit yang di sebabkan oleh sistem immune dan menjadikan kulit menjadi tebal lebih cepat berbanding dengan kulit yg normal. Biasanya tempat2 dan kawasan2 yang mengalami masalah ini adalah di kepala, siku, lutut, dan juga boleh menjangkiti tulang dan juga kuku"
Terdapat banyak faktor yang merangsang dan mempercepatkan pertumbuhan kulit bagi pesakit psoriasis..Antaranya:
- Cahaya Matahari, yang mana dapat merangsang 10% kadar pertumbuhan kulit bagi pesakit psoriasis
- Ubat-ubatan, terdapat sesetengah ubat yang mampu merangsang pesakit psoriasis
- Jangkitan kuman seperti jangkitan bakteria Streptococcus
- HIV, pesakit akan menjadi lebih teruk apabila terkena jangkitan HIV
- Emosi, psoriasis juga dirangsang oleh perasaan pesakit..apabila pesakit mengalami tekanan perasaan atau "stress", ini akan merangsang Psoriasis dengan lebih cepat
- Merokok, dsb.
Manakala Tanda2 @Simtom2 yang biasa di alami oleh pesakit psoriasis adalah:
- Kulit bersisik - kulit akan menjadi bersisik dan gugur (dah jadi macam ular salin kulit)..
- Gatal2 - kulit @ kawasan yang mengalami psoriasis akan mengalami gatal pada tahap yang berbeza-beza
- Kuku - akan terdapat bintik-bintik seperti ditintik dan berlubang2 halus.
Kuku psoriasis |
kenapa sya buat post pasal psoriasis???sebab sya salah seorang yang mengalaminya...
Credit: pelbagai sumber
2 comments:
salam..hi..
sy punya tapak kaki mengelupas. dah lama sangat. Saya biar je sebab tak sakit. mungkin ia psorisis. sy tak pernah buat rawatan pula;(
u ada buat rawatan ke? cmne ye rawatannya?
wkslm..hii..
menggelupas x semestinya psorisis..so far memng i ade pegi jmpe pakar kulit jugak..tapi maybe ubat yg dberi tak bagi effect sgt..
n sekarang i guna elomet ointmnt..boley beli kt farmasi je..1 tube dalam rm30+..
Post a Comment