Thursday, December 13, 2012

December again!!

Hye..Salam suma..

December menjengah lagi..untuk kesekian kalinya aku diberi kesempatan untuk melalui bulan yang penuh erti buat aku..mungkin buat abah dan umi juga..

December ini..genap umurku 25..suku abad yang penuh liku..fasa kehidupan yang memerlukan ketabahan..ketekunan..harapan dibahu aku pikul..aku mahu puaskan orang2 yang mengharapkan yang terbaik untuk aku..

December ini abah n umi akan menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke-26..hanya bahagia yang aku harapkan buat mereka..semoga kebahagiaan dan kemanisan yang ada sentiasa mekar dalam hubungan kami sekeluarga..

December yang dipenuhi kenduri kendara kawan2..tahniah buat kalian..walau tiada luang untuk menghadirkan diri tapi aku tetap mengharapkan kalian bahagia dan gembira bersama pasangan masing2..aku tumpang gembira :)

Aku??

soalan yang selalu di tanya..bila nak kawen..haii sekalian..siapa yang taknak kawen?siapa yang taknak ada teman hidup yang akan bersama menuju yang abadi..bukan aku tak merancang..pelbagai dan macam2 yang dirancang..tapi kita hanya merancang tuhan yang tentukan..

Kami hanya berusaha untuk kearah ITU..berusaha dari pelbagai aspek..hoihoi..

Mungkin juga tahun depan bakal menjadi tahun yang lebih mencabar buat aku..semoga dengan pertambahan umur ini aku menjadi lebih matang..

Terima kasih orang2 yang sentiasa di sekeliling aku yang sentiasa membahagiakan..yang memberi budi sehingga tak mampu kubalas..

-AZMZ-

2 comments:

qasehuteq said...

happy besday aina..cepat2 nikoh...

AfdsmkaD said...

tq teq..insyaallah ade jodoh gak menikoh la akuu