Wednesday, December 12, 2012

Wujud


Kau terasing
Di jiwaku bermimpi
Setiap nadiku
Kau wujud selalu

Kau syurga
Seindahnya dirimu
Hanya kerana
Cintanya kau wujud

Kau adalah diriku
Dan aku adalah dirimu
Hanya Tuhan tahu
Apa ada depan nanti

Telah lama aku nantikan
Dari saat aku dipisahkan
Dari sinar bintang
Yang menghilang

Ku akui
Dia memang buatku nyatakan
Harap aku kan selalu denganmu

Ku menanti
Saat hadirnya aku semula
Yang seadanya
Ku telan masa

Maafkan aku
Kerna diriku
Tak pernah sempurna untukmu

Kau yang satu
Kau teragung

Hidup matiku
Kerana cinta
Cinta ada hanya untukmu
Bila tiba saatnya kan bertemu


.:Wujudku adalah dari kasih sayangmu..
kasih sayang sepanjang hayat..
kasih sayang yang tak pernah hilang..
sentiasalah bersamaku..
sayang umi selamanya:.

No comments: