Thursday, October 24, 2013

Gigi Geraham Bongsu

Seminggu yang lepas kesakitan di sebabkan gigi geraham bongsu terasa lagi. Kiri, kanan , atas dan bawah kesemuanya keluar dengan posisi yang tak normal. Siang cuba bertahan..malam hilang kewarasan dek gigi2 ini. Tapi untuk kali ini gigi disebelah kanan punca sebab kesakitan menyebabkan gusi mula membengkak.

Tidak mampu bertahan, balik dari cuti Aidiladha terus ke Klinik Kesihatan Seksyen 7 unit pergigian untuk membuat rawatan. Namun apakah daya, pihak klinik meminta saya untuk datang keesokkan harinya di waktu pagi dengan alasan waktu petang hanya untuk kanan2. Policy yang tak sepatutnya ada di klinik2 kesihatan, ada nak orang tengah sakit tunggu esok untuk dapatkan rawatan dari Doc.

Tnpa berfikir panjang, sya terus ke Klinik Pergigian Dr. Siti Fauzian yang juga terletak di seksyen 7. Melangkah masuk ke klinik itu seperti berkunjung ke nursery. Hilang sedikit rasa gentar dan debaran beransur kurang. Tiada apa yang dapat di lakukan kerana gusi saya masih bengkak. Doc menasihati saya untuk cabut (ntah kali keberapa dinasihati untuk mencabut geraham bongsu ni oleh dentist2 yang lain). Akhirnya dengan yakin saya tekad untuk buat appointment untuk mencabut gigi ni dengar berkadar harga yang murah berbanding dengan klinik2 gigi yang pernah saya kunjungi sebelum ni,

Pulang dengan ubat dan hati yang berdebar mengingatkan nasib dan kesakitan mencabut gigi geraham bongsu nanti. Makanya tunggula 1 Nov untuk saya bebas dari gigi bongsu yang menyakitkan ini. (kanan je okeh!!kiri punye lain kali)

Klinik yang saya pegi ni sangatla berdekorasi cantik..dengan wallpaper, sofa dan sudut2 yang menarik. Harga yang di offer jugak tak mahal. Mungkin di sebabkan oleh kawasan ni ramai student makanya die bagi special price la :)


Marilah kita bersama-sama menjaga kecantikan dan kebersihan gigi..

Asslamualaikum

1 comment:

atiqah said...

berapa ringgit ye cabut gigi geraham tu.