Salam..Hye..Hoi..ngeeeeee
Di sebabkan kebosanan melampau hari ni..ditambah pula sesaja nak memeriahkan contest yang di anjurkan oleh Prince..Makanya..saya pon turut serta join contest yang ada 4 kategori ni..
Kategori2 yang tersenarai dalam carta adalah:
1) Gambar Kenangan Terindah Bersama Keluarga (Pic dengan family la niii eh??))
2) Gambar Sewaktu Zaman Persekolahan (ni sah vintage punya zaman)..
3) Gambar Ketika Melancong (penah ke g melancon??erm..erm..)
4) Gambar Bersama Kawan Baik/Bf/Gf (tuuu dia..)
Maka untuk contest ni..saya nak pilih kategori yang no 1 dulu: Gambar Kenangan Terindah Bersama Keluarga..
Yang lain2 nanti saya akan post. InsyaAllah..
Sebelum menunjukkan Gambar bersama kelurga, saya akan letak gambar saya dulu bagi mengelakkan dikaitkan dengan isu copy paste gambar orang lain..hahhahaa.
Gambar Kenangan Terindah Bersama Keluarga
Macam belajar di zaman sekolah dulu..keluarga ni ada 2 jenis, Keluarga Besar & Keluarga Asas..Keluarga Besar saya memang besar..tak terkira jumlahnya, tapi kalau Keluarga Asas, hakhak,,4 orang je..Abah, Umi, Saya dan Adik..Meh saya tunjukkan siapa yang ada di sebalik Keluarga Asas saya:
Gambar terlalu lama..kepudaran jelas dan nyata.. |
Wohoooo.ni pic zaman kecomelan terlampau dulu..MEMANG INDAH bersama umi dan abah..time ni sah2 la adik saya tak wujud lagi..Gap antara kami selama 10 tahun..saya dah besar gedabak, adik baru keluar nangis2 huaaaaaa..huaaaaaa...ishk..Kehidupan time ni da ibarat di tatang bagai minyak yang penuh la..nampak tuuu..penuh minyak sebab jadi tunggal 10 tahun...Sehinggakan tumbesaran betol2 membesar..
Konvokesyen saya time degree-2009 |
Ni pula gambar bersama keluarga asas saya yang boleh di katakan baru juga la..sebab adik saya pun dah besar..kalau dulu kami hanya bertiga, sekarang kami sudah berempat. adik hadir memeriahkan lagik Keluarga Asas kami..SANGAT INDAH bila kami dapat berkumpul dan bergambar bersama...Adik sekarang sudah 14 tahun (form 2)..Maka jangan lah kira berapa umur saya... :D
Bersama Abah - Raya 2009 |
Gambar saya dan abah membongkar betapa hubungan kami sangat rapat..perangai kami hampir sama..sehinggakan kadang kala kami sama-sama mempertahankan ego..abah ke kanan saya ke kiri..namun, bila kami mula berdamai, senyuman terukir, yeaaa.. BETAPA INDAH saat itu...
Bersama Umi - Raya 2010 |
Ni pula gambar saya dengan umi, orang yg mengandungkan saya 9 bulan 10 hari, melahirkan dan membesarkan saya bersama abah..Zaman kanak-kanak saya lebih banyak di habiskan dengan abah..mungkin kerana perangai kami sama..tapi apabila meningkat remaja, tanpa di sedari, rupa-rupanya saya lebih rapat dengan umi. segala rahsia, masalah akan di kongsi bersama. Sehingga sekarang walaupun jarak telah memisahkan kami, tetapi dengan kecanggihan teknologi, kami dapat berhubung saban hari meluahkan permasalahan, bercerita walau hanya tentang perkara remeh..KEINDAHAN itu hanya dapat di rasai bila bersama umi..
Da only one sista -Raya 2009 |
Ni gambar saya dengan adik..satu-satunya adik saya di dunia dan akhirat..dulu terlalu sukar untuk saya terima kehadiran adik..maklum la..da jadi tunggal 10 tahun..walaupun sukar menerima tapi saya tetap sayang adik saya..sebab saya tahu selain umi dengan abah adik saja yang paling rapat dengan saya..yang akan bersama saya susah dan senang..Dulu kami selalu bertelagah..dia terlalu manja sehinggakan perkara kecil menjadi besar..bila menigkat usia, dia semakin matang, dan kami semakin rapat..saya mula merasai kehadiran adik menambahkan lagi kebahagiaan dan menjadikan hidup TERLALU INDAH untuk dimengertikan..
..................................xxxxxx................................
Itu berkisar Keluarga Asas saya..jom share cerita di sebalik Keluarga Besar saya..
Keluarga Besar saya memang sangat besar..Keluarga Besar sebelah abah sangat ramai..sehinggakan saya sudah berpangkat makcik..Tapi kalau sebelah umi, tak terlalu besar lagi..mungkin kerana faktor umur yang masih muda dan belum bekeluarga..
Gambar bersama keluarga besar sebelah abah tak pernah di snap beramai2 or semua ahli kelurga ada dalam 1 gambar..kalo nak bergambar rasanya kena ada 1 ruang yang luas..tapi kat sini saya letak juga gambar bersama mereka..ahhh... INDAH bersama mereka kerana ada di kalangan mereka yang sama2 menjaga dan melihat saya membesar..
................................................xxxxxxxxxxx............................................
Ni pula gambar bersama keluarga besar di sebelah umi..kami ibarat seusia walaupun pangkat berbeza..ank saudara dan mak saudara..perbezaan umur yg tidak jauh menjadikan kami rapat, berkongsi cerita, gosip2 dan sering menghabiskan masa bersama..KEINDAHAN semakin mekar bila kami berkumpul dan bergelak ketawa...
Itulah INDAHNYA BERSAMA KELUARGA.. Gambar di snap sebagai bukti keindahan itu dan mengharapkan Keindahan itu berkekalan abadi selamanya..
Jom blogger sekalian join contest ni juga,..nak tahu detailz click SINI .
Semoga terhibur dengan nukilan ni...Bye ~
1 comment:
hello there ! ame singgah sini dari Senarai Peserta Yang Join Contest RM50 ya anjuran prince91.com . ;)
wahh , what a wonderful pictures you have here ! nice one ohh . and good luck ya ! wish you all the best ! :0
have a nice day ahead of you and take care . ohh , jemput singgah blog ame pule kalau free . :)
Post a Comment