Tuesday, December 10, 2013

REVIEW: Island Steamboat & Grill

Sudah lama saya tak update pasal makan2 kat blog ni..lagipun blog saya bukanla blog pasal makanan semata. its more bout my life..so one of my interest mestilah pasal makan2 yang mana saya n my fiance suka try tempat makan yang tak pernah kami makan sebelum ni..

for this entry let me share a place that you can spend time with you friends and family to enjoy the steamboat with affordable price. But trust me u will satisfied with their food and service.

tak payah nak cakap omputeh sangat la..

tengok gambar dulu jom...


Sori.. Untuk post kali ni saya tak banyak plak snap gambar..sebabnya..ter excited nak makan..Pilihan makanan die boley tahan banyak (please jangan compare dengan seoul garden)..

Cerita punya cerita, saya tak bagitahu lagi kat mana tempat ni kan..baik2..ni adalah kat Island BBQ Steamboat and Grill, Kg. Melayu Subang. Bagi sesiapa yang familiar jalan Sungai Buloh - Highway Guthrie, maybe akan pernah ternampak banner yang tergantung kat tepi jalan. Kalau korang dari arah Shah Alam, makanya simpang ke tempat ni adalah di sebelah kiri (lepas dari fella design lagi) n kalau korang dari arah Kota damansara or MRR2, simpangnya adalah di sebelah kanan.

Kalau korang cari sign seperti di bawah kat tepi jalan besar, nescaya korang memang takkan jumpalah. korang cari je banner n masuk ikot simpang tuh. Kedia ni ke dalam sikit..so jangan plak korang takut nak masuk...

Bagi siapa yang nak cuba steamboat grill kat cni boleh la tenogk harga yang terpapar kat bawah ni


 Murah dan berpatutan. Makan la sampai muntah..tapi jangan pulak korang membazir.. (membazir itu amalan syaithooo)..Sebelum ke sana juga korang dinasihatkan untuk booking tempat dengan menelefon tempat ni di talian seperti di bawah

Rating for Island BBQ Steamboat
Environment : 7/10
(Kitorang dapat meja yang depan tv tapi laluan nak g ambik makanan macam sempit untuk orang bersize XL macam kami..)
Food/drinks : 7/10
(banyak choice dengan harga yang berpatutan)
Facilities (parking) : 7/10  
(Pandai2 lah korang carii parking..kitorang parking bawah pokok n berselut kalo musim hujan)
Price : 9/10  
(Murah sangat..RM21+ )
Location : 7/10
(Agak tersorok dan bagi yang tak familiar kawasan situ, agak susah nak jumpa tempat ni)
Oklah..setakat di sini dlu post kali ni.. Dalam makan sedap2 ingatlah orang yang tak bernasib baik macam kita..kadang2 pemberian RM1 sudah cukup untuk memberi makan buat orang lain. Assalamualaikum  


No comments: