Thursday, October 4, 2012

Supplemenet: Vitamin C & Vitamin E

for diz entry i just nak share pasal supplement yang saya baru ambik iaitu Vitamin C & E..untuk supplement yang ni macam supplement2 lain jugak, di perkenalkan oleh my umi..Even die xgemar untuk ambik supplement tapi die sentiasa menggalakkan anak2 die mengamalkan supplement untuk kesihatan n sebagainya..

Jika sebelum ni saya telah mengamalkan supplement cam garlic oil, fish oil, probiotic multivitamins, Ginko, etc...(memang haku suke sangat makan2 supplement neh!!)..memang tetiap hari i'll make sure paling malas pon garlic oil tuh akan tetap telan..alaaa..sebijik je pon...

Berbalik pada 2 supplement baru i try ni..ahaaaa...baru telan beberapa biji & beberapa kali sebab asek lupe jeeee...my mom cakap akan bagi effect pade kulit..maklumleee..i ni mempunyai kulet yang sgt sensitif..so far tak de lagi kot rase ape2 perubahan..melainkan rasa selaluu je lapar..heee..

da alang2 cite pasal vitamin C & E ni..meh bace sedikit sebanyak kebaikan vitamin2 ni..check it out!!

VITAMIN C

  • Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi yang sihat dan gigi.
  • Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran
  • Melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan imuniti.
  • Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis.
  • Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress.
  • Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi.
  • Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang.
  • Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya.
  • Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas.
  • Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih –> berguna dalam rawatan anemia. Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah.
  • Merawat jangkitan saluran kencing.
  • Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain.
VITAMIN E

  • Melindungi paru2 dari pencemaran udara.
  • Meningkatkan kuasa sel-T untuk melawan penyakit.
  • Anti oksidan.
  • Membekalkan oksigen ke sel-sel badan.
  • Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk).
  • Mengurangkan risiko keguguran bagi wanita hamil.
  • Menyelesaikan masalah kelesuan.
  • Mengurangkan risiko parut yang besar.
  • Merendahkan kadar kolesterol.
  • Membantu mencegah kanser.
  • Merendahkan risiko katarak.

marilah sume ramai2 mengamalkan supplement yang bersesuaian dengan diri masing2...phewwww

No comments: