Friday, September 6, 2013

breakfast family ~ 3 syawal

Seperti yang saya penah cite dalam entry sebelum2 ni..rutin open house kami dihentikan utk tahun ini (tahun ni jela..Insyaallah)..tetapi di gantikan dengan jemputan makan pagi keluarga oleh umi. Perancangan menu semua dari umi, saya dan adik tukang pegi shopping carik barang untuk masak..
Menu
Segala menu adalah untuk mengalaskan perut kami sebelum keluar berhari raya di rumah sanak saudara sekitar Kg Kota dan Pendek..Antara menu utama adalah Nasi Lemak, Roti cicah Gulai ayam, bihun goreng dan buah2..
 
Nasi lemak umi sememangnya feberet saya..hadap yang tuh jela...yang lain tak pandang da.. (okeh.ni sume dusta..sebab lepas hadap nasi lemak saya melantak roti cicah gulai plak)..telan anggur berbijik2 dan air bergelas2..




Semua sebok dok bersantap..diharap tetamu2 berpuas hati dengan hidangan dari kami ini..hihihi..dan untuk kali ini kami ade tetamu paling kecik iaitu Hannan..yeayyyy...


Budak ni makan banyak okeh!!..dengan berbaju kurung dan pipi yang macam di pam2..rasa sangat la geram nak geget..hannan..cepat le buley cakap2..buleh panggil2 aunty...

Semoga ukhwah antara kita terus berkekalan...next year pertambahan budak kecik lagii..heeee...lagi ramai le mangsa buli saya..huahahhhaa

OKeh...buybuyyyy

Assalamualaikum

No comments: