2 tahun lepas, saya di panggil untuk ujian bertulis bagi jawatan ini..dengan gigihnya saya dan izza share beli buku "Pakej Platinum - rujukan untuk PTD M41"..dengan gigih jugak saya print, baca dan buat latihan math..maklumla saya ni bukan jenis amik pot sangat dengan isu2 semasa..pasal kira mengira bukan masalah besar untuk saya cuma disebabkan dah tinggal subject tuh lama sangat saya buat revision jugak laa..Buat latihan grammar lagi okeh sebab english tak power..hakhak..
Alhamdulillah berkat usaha dan doa saya lulus ujian ni dengan skali ambik je..Stress tak payah cakap la sebab ujian die dari pagi sampai ke petang..time tuh Incik BF (sekarang da jadik tunang..) menunggu kebosanan.hahaha..tulis esei pon mengarut meraban sampai saya pon tak sure betol ke tak ayat saya yang kemungkinan besar tunggang langgang..da ada esei BM ade jugak esei BI..saya redha je time tuh..buat pun ala2 je sebab dah tak larat nak tulis..heee
Hari konvokesyen untuk Master saya tiba..dan di saat saya tengah gugup nak naik pentas bertemu mata dengan Agong, 1 notification email masuk..Panggilan untuk ke PAC di INTIM, Terengganu..dalam masa tak sampai sebulan.senyum dalam kelat..persoalan mula muncul samada nak meneruskan perjuangan ini atau tidak..persediaan yang sememangnya tak pernah ada..mana pernah saya joging sejauh 2.6km..resah..gelisah..Apabila abah dan umi mula memaksa untuk saya pergi juga ke PAC ni air mata mula mengalir..orang lain konvo dengan bahagia..tapi saya konvo dengan air mata..Macam mana saya nak pegi sana??Dengan siapa??Akhirnya tanpa lengah, malamnya saya terus booking ticket flight ke Kuantan dan dari Kuantan Ayah In akan hantar saya ke INTIM..Terima kasih A.In n Cikla yang banyak menolong..Banyak aktiviti berkumpulan dan ada juga yang individu..AKtiviti yang ditunggu oleh semua orang iaitu lari 2.6km..dan saya berjaya hahiskan larian dalam masa 17min..kawasan yang berbukit2 sungguh mencabar fizikal kami..Time tu memang saya tahu, saya takkan lulus PAC ni..tapi saya ambik ini semua sebagai pengalaman dan saya bertuah kerana ada pengalaman yang bukan semua orang ada..Saya gagal untuk PAC..senyum gembira :)
Tiba2 sebelum tibanya Hari Raya Aidilfitri yang lepas, saya sekali lagi menerima email yang menyatakan bahawa saya dipanggil untuk Interview bagi Pegawai Tadbir Diplomatik (M41)..
Pada mulanya saya terfikir "adakah ini haluan hidup aku??adakah ini yang Allah tetapkan untuk aku??". Celaru..Tapi saya ambik benda ni dari sudut positif..Ini peluang saya untuk mendapat pengalaman baru..Persediaan hanya dibuat 2,3 hari sebelum interview..Sejujurnya saya buat persediaan bukan kerana saya terlalu excited untuk dapat jawatan ini..tapi sebenarnya untuk elakkan diri saya malu apabila tidak mampu menjawab soalan yang diajukan..hahahaha
Seperti yang diketahui umum, bermula pada tahun ini tiada lagi PAC untuk jawatan PTD..jadinya pada siapa yang lulus ujian bertulis secara automatik akan terus ke sesi interview..Walaubagaimana pun bagi sesiapa yang lulus interview mereka diwajibkan menyertai kadet selama 9-12 bulan dan akan ditapis lagi untuk menjawat jawatan ini..
cont..
No comments:
Post a Comment