Family saya yang terdiri daripada Abah, Umi, Along (Saya la ni) dan adik..Umi dan abah yang semakin dimamah usia bersama 2 puteri anugerah Allah..ye..saya tiada adik beradik lelaki..hanya abah hero keluarga kami..tapi kami tetap bahagia dan sentiasa dilimpahi kasih sayang yang tak pernah kurang..
Cinta abadi umi dan abah...Sayang selamanya along, adik dan abah..Kami lah racun kami lah penawar..kami lah yang sentiasa buat hal..dan kami lah yang menghibur duka lara..Abah lah imam kami.. guru yang mendidik kami..mekanik utk kereta saya..kaunselor yang cool..ahli politik dalam membicangkan dasar2 dan isu semasa bersama2..pakar math yang sentiasa bagi soalan dan penyelesaian yang kami tak mampu jawab..ahli sejarah yang selalu bercerita kisah2 di sebalik kejadian..pekebun di rumah yang tak pernah biarkan rumput2 meliar..penternak moden yang membina sendiri reban utk ayam2nya..tukang rumah..orang gaji yang akan memastikan lantai rumah berkilat..menteri kewangan yang memastikan ekonomi dan kdar pnggunaan aliran wang dengan berhemah..pelawak yang mana lawaknya memang rare..hhahhaa..dan dia adalah abah kami..
Siapa pernah tidur di bawah bantalnya ada gambar abah bilamana pada waktu itu abah di hantar utk berkursus..Siapa pernah kene buku 5 abah sebab lupa nk tukarkan perpuluhan kepada pecahan...siapa pernah kene letak luwa rumah sebab menangis malam2..Siapa pernah kene gantung sekolah dan abah hanya bagi 2 ayat yang sampai sekarang masih terngiang2..Itulah saya!!!hahahaha
Kasih selamanya Along, Adik dan umi..Tiada yang mampu memahami kami selain umi..Penasihat, pendengar yang setia, guru kami..tukang masak yang memasak masakan paling sedap bagi kami, ALONG utk mendapatkan bantuan kewangan yang tak perlu dibayar, scholarship utk bayaran kereta, broadband, menyediakan voucher untuk membeli gadget2 kami..Butik yang menyediakan baju2 raya kami berpasang2..docktor untuk sakit demam kami..hah..itu le Umi..Orang yang melahirkan dan membesarkan kami..
Ini pula adalah gambar makcik2 saya (adik beradik umi - CIk Nor xde dalam gambar)..Kesemua 8 org anak tok ma n tok pa adalah perempuan..
Gambar di bwah ni adalah sesi photoshoot untuk sepupu2..Untuk tahun ini kami ada pertambahan sepupu iaitu Ecah..Disebabkan sepupu sya yang dah kawen semuanya laki, makanya kami menerima sepupu baru perempuan je la...nampaknya saya la yang kena bagi sepupu baru laki untuk korang..huahahhaa...
Ni adalah family Cikla..dulunya hanya ada 2 anak lelaki n sorang perempuan..tapi sekarang dah ade pertambahan 2 menantu perempuan dan sorang cucu perempuan..tahun depan InsyaAllah akan bertambah lagi :)
Family Cik Lis..dengan 2 perempuan dan seorang hero malaya..Mimie si pembuli, Fieya yang anyak akap (tiru cara die cakap) dan zarif yang pendiam...
Family Mak Usu..bersama balqis si model cilik n afiq
Pejam celik pejam celik ini sudah raya yg ke 26 dalam hidup saya..tahun pertama sambut syawal adalah pada tahun 1988..Cepatnya masa berlalu..pernah saya menyambut raya di kala nak SPM, pernah jugak time nk final exam..sekarang ni sambut raya siap boleh amik cuti seminggu..sebabnya saya dah kerja..menunjukkan saya sudah semakin tua :)
Semoga kita semua berkesempatan lagi untuk menyambut syawal pada tahun depan bersama2 :)
Love~
Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment