Monday, July 22, 2013

takbur aku seorang manusia

13 hari berlalunya ramadhan..pelbagai perasaan bercampur baur..ada nangis dan tawa. Ada sendu dan resah.ada rindu yang sentiasa hadir..hari2 berlalu kadang kala terasa kosong..tiada keruan

Ramadhan ini..aku kembali mencari bacaan yang dahulunya lancar kututurkan.kerasnya lidah aku utk menuturkan ayat2Mu..ya Allah..terlalu lama tak ku alunkan bacaan ini...tergagap2 menghabiskn satu2 ayat..mengalir air mata..teruknya aku!!

bila terkenangkan penat lelah arwah chek ajar aku mengaji, bila aku mampu khatamkan al-quran seawal 8tahun..aku sebak!!Aku terlalu yakin dengan kemampuaan aku untuk tuturkannya dengn lancar selamanyaa..aku biarkan masa berlalu tanpa sedikit pun aku cuba mencari dan membacanya..

Pesanan umi utk mmbaca KitabMu walau sehelai sehari aku abaikan..aku biarkan pesanan itu berlalu tanpa apa2 kulakukan..menangis aku takkn mampu mengembalikan masa yang lepas..semoga ruang dan kesempatan yang masih tersisa aku dapat luangkan untuk aku alunkan bacaan KitabMu..



Assalamualaikum

No comments: